ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DAP TOLAK DAKWAAN PAS BERSETUJU SOKONG HUKUM HUDUD

Saturday 17 November 2012

DAP TOLAK DAKWAAN PAS BERSETUJU SOKONG HUKUM HUDUD

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Dr Tan Seng Giaw menyangkal dakwaan PAS yang mendakwa kompenan Pakatan Rakyat (PR) menerima perlaksanaan hudud jika pembangkang memenangi Putrajaya dalam pilihan Umum ke-13 nanti.
Menurut DAP, parti mereka hanya menerima kedudukan Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan bukannya hukum hudud.
“Itu banyak kali disebut Haji Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan kita ikut semangat isi kandungan perlembagaan (Malaysia) itu yang disebutkan. Saya tak tahu macamana isu lain (hudud) boleh timbul,”.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas perasmian, Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan di Kota Bharu hari semalam.
Terdahulu Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Harun Taib seperti dilaporkan Sinar Harian berkata PAS telah mendapat mendapat kata sepakat dari PR untuk melaksanakan hudud dan akan dibuat mengikut perlembagaan negara.
“Kalau kita majoriti dalam Parlimen, kita kemukakan undang-undang berkaitan dan kita dapat sokongan Parlimen dan diluluskan, maka dengan sendiri (hudud) menjadi undang-undang negara.
“Bila jadi undang-undang negara, semua kena taat, patuh. Kalau tidak setuju, contohnya ada undang-undang jalan raya, orang pun tidak setuju, kerajaan laksana juga,” katanya selepas Merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS, semalam.
Sebelum ini pemimpin PR menafikan membincangkan soal hudud walaupun PAS berkeras mahu melaksanakan hukum Islam tersebut sekiranya berjaya menawan Putrajaya.
Ditanya tindakan Karpal yang menolak pelaksanaan hukuman itu, Harun berkata, pemimpin itu belum mendapat penjelasan sepenuhnya daripada PAS.
“Kita tidak ada masalah dengan DAP kerana kita selalu berdialog dengan dia (DAP). Sebelum PR ditubuhkan, DAP selalu bertukar-tukar fikiran tentang undang-undang jenayah syariah.
“Tetapi Karpal Singh tak sempat, mungkin sebab dia uzur, sebab itu ada masih ada suara-suara yang semacam tidak setuju. Itu bukan tak setuju, tapi semacam tidak setuju,” katanya.
Dalam pada itu, Naib Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dalam ucaptama mewakili Harun menasihatkan ulama berpegang kepada konsep “Tahaluf Siyasi” atau kesepakatan dengan PKR dan DAP.
Bagi tujuan itu beliau berkata, ahli PAS diarahkan mengundi calon-calon pilihan raya bukan Islam di kalangan calon PR.

http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=709556

Ucapan Dasar Presiden PAS Tidak Sentuh Hudud

Berucap di hadapan 1,116 orang perwakilan selama kira-kira dua jam, beliau lebih menumpukan kepada persiapan PAS untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) dan penubuhan negara berkebajikan.
Turut hadir pada muktamar itu ialah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Parti Keadilan Rakyat Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Dr Tan Seng Giaw.
Ini dilihat tidak selari dengan kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib semalam, bahawa pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas PRU 13.
Harun dilaporkan berkata sekiranya PAS mendapat majoriti dalam Parlimen, undang-undang berkaitan hukum Hudud akan dibentangkan dan sekiranya mendapat sokongan serta diluluskan, ia akan menjadi undang-undang negara – Bernama

No comments:

Post a Comment