ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KENYATAAN NURUL IZAH BUKAN SALAH LAPOR - DATO' FUAD BIN HASSAN

Friday 30 November 2012

KENYATAAN NURUL IZAH BUKAN SALAH LAPOR - DATO' FUAD BIN HASSAN


Kenyataan Naib Presiden PKR di Gereja Tabernacle di Subang, 3 November bukan salah lapor kata Datuk Fuad Hassan sebaliknya ia adalah suatu kenyataan yang datang dari kepercayaan yang diwarisi dari keluarganya sendiri.
"Bagi saya, ini bukan keterlanjuran kenyataan, ini bukan salah petik, ini bukan salah lapor, ini bukan manupulasi media. Ini adalah suatu kenyataan yang datang dari kepercayaan yang diwarisi dari keluarganya sendiri,” katanya dalam forum anjuran PERKASA di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, 8 November.

Dato' Fuad yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) berkata kenyataan Nurul Izzah di gereja itu merupakan kesinambungan daripada kenyataan ayahandanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kalau kita lihat urutan daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku sejak 2009. Kes Lina Joy; kita dapat tahu bagaimana ‘pemimpin itu’ pernah menyatakan, itu adalah hak Lina Joy.
“Kita dapat lihat dalam forum pluralisme, In the Divided World di London School of Economics, kita lihat macam mana pendirian ‘orang itu’.
“Kita lihat pada tahun 2011, kes seksual merdeka; kita lihat bagaimana pendirian ‘orang itu.’
“2012, kenyataan yang menyatakan undang-undang tertentu yang dianggap sebagai lapuk dalam kes sodomi. Kenyataan itu kita lihat datang daripada ‘orang itu.’
“Kes Irshad Manji yang masuk dalam negara kita yang menyatakan pluralisme dan hak individu untuk memilih menurut apa sahaja menurut hak asasinya, juga datangnya daripada 'aliran itu.'
“Kes Mobashar Jawed Akhbar di Pakistan, datang juga 'daripada itu.'
“Dan yang terakhir ialah petikan dan tafsiran Surah Al-Baqarah, sepatutnya diguna pakai secara sama rata, juga datang daripada ‘keluarga itu.’
“Jadi, oleh sebab itu saya menyatakan bahawa ini bukan keterlanjuran, bukan salah petik, bukan salah lapor oleh mana-mana pihak, mana-mana media,” katanya.
Dato'Fuad kecewa Anwar mempertahankan anaknya bukan berdasarkan ilmu sebaliknya menyuntik sentimen kebencian.

No comments:

Post a Comment