ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PERJUANGAN PAS KERANA ISLAM ATAU NIK AZIZ?

Monday 26 November 2012

PERJUANGAN PAS KERANA ISLAM ATAU NIK AZIZ?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



PAS yang dilahirkan selepas pengasasnya keluar dari UMNO hanya disebabkan tidak dipilih atau terpilih menjadi Presiden UMNO selepas kalah dalam pertandingan 3 penjuru dengan kemenangan memihak kepada Allahyarham Tunku Abdul Rahman.

Tertubuhnya PAS pada ketika itu hanya satu, iaitu mahu mengalahkan UMNO. Malah, ketika itu tidak timbul pun mahu memperjuangkan Islam sebaliknya hanya pada nama sahaja, iaitu Parti Islam Se-Malaya.

Dahulu hingga kini, PAS tidak pernah berubah dengan perjuangannya lebih ke arah individu berbanding agama Islam itu sendiri yang menjadi alat politik. Atas sebab itu, PAS akan “memenangkan” pemimpinnya jika dikritik ataupun dibelasah cukup-cukup seperti mana yang dilakukannya ke atas Mursyidul Am PAS, Nik Aziz. Tetapi, yang menghairankan ahli-ahli PAS tidak pula mempertahankan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu kerana mereka ini dikatakan mempunyai pemikiran sekular. Tetapi, yang menghairankan mereka ini sanggup pula mempertahankan Anwar Ibrahim biarpun didakwa dengan salah laku seks luar tabii dan sondol Chinadoll.


Tindakan sebegini menurut ajaran Islam dengan ketaksuban kepada kepimpinan menjurus kepada perpecahan dan kelemahan umat Islam.

Ini terbukti apabila PAS sendiri kini berpecah kepada beberapa kumpulan dengan mengikut kumpulan Nik Aziz dan mengikut kumpulan Mat Sabu. Malangnya, Abdul Hadi Awang tidak ada kumpulan dan seolah-olah menjadi Presiden boneka kepada kedua-dua kepimpinan PAS itu.

Bersandarkan kepada kenyataan Nik Aziz dalam entri terbaru bertajuk 'Asabiah' yang disiar dalam blognya berkata BN tidak mempunyai peluang untuk menawan dan mentadbir Kelantan pada PRU-13 akan datang kerana penduduk Kelantan begitu taksub dengan  Menteri Besarnya.


Atas sebab itu, maka orang Kelantan akan menerimanya bulat-bulat sebagai benar dan menepati ajaran Islam biarpun Nik Aziz sehingga kini mempertahankan pemimpin yang seperti Anwar Ibrahim yang didakwa salahlaku seks. Juga, mempertahankan S. Ambiga yang mana kerjayanya sebelum ini membantu Lina Joy dalam murtad dan merupakan peguam yang anti-Islam. Disebabkan BERSIH, Nik Aziz sanggup mempertahankan S. Ambiga biar pun dikecam sendiri ahli-ahli PAS.

Orang Islam yang berfikiran waras tentu menolak dakwaan Nik Aziz bahawa mengundi Pas akan mendapat pahala, bahkan menjamin syurga di akhirat. Tetapi nampaknya majoriti rakyat Kelantan, sama ada mereka terima dakwaan ini atau tidak, terus setia dan menyokong kepimpinan Nik Aziz.


Malah, kemenangan PAS di Kelantan dan di tempat-tempat lain membuktikan kepimpinan Nik Aziz tidak terjejas walaupun jelas menyalah guna agama untuk politik duniawi.

Sehingga kini tiada seorangpun ulama lain atau mufti menolak dan menidakkan dakwaan Nik Aziz kerana orang Kelantan tetap akan percaya pendapatnya juga. Jika ada yang ragu sekalipun, mereka tidak akan menyatakan keraguan mereka.

Masihkah ingat bagaimana kerjasama melibatkan UMNO dengan orang bukan Islam didakwa bertentangan dengan ajaran Islam. Tetapi, sekarang ini PAS bawah kepimpinan Nik Aziz sendiri bukan setakat bekerjasama dengan bukan Islam malah sanggup bekerjasama dengan orang yang menolak dengan keras dan secara terbuka hasrat PAS untuk mendirikan Negara Islam dan melaksana hukum hudud.


Bagi sesetengah ahli-ahli PAS, ada di kalangan mereka yang tidak menyukai tabiat dan sikap Nik Aziz dan sesetengah pemimpin PAS sehingga mengambil jalan terakhir, iaitu keluar PAS.

Sekarang ini, PAS bukan sahaja bermimpi mahu mentadbir negara juga mahu menuju ke Putrajaya yang suatu ketika mahu melelongnya sekiranya berjaya memerintah negara ini. 

WALLAHUALAM.

No comments:

Post a Comment