ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ULAMA PAS ULAMA BISU

Thursday 15 November 2012

ULAMA PAS ULAMA BISU

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selama ini, PAS sering menganggap bahawa Islam adalah hak ekslusif parti mereka. Kononnya, hanya Ulama mereka yang layak bercakap mengenai Islam dan hukum hakam. Kata-kata Tok Guru mereka mengatasi keputusan dan pandangan para mufti mahupun Majlis Fatwa. Berdasarkan hakikat ini, maka kita merasa amat terkejut apabila dengan tidak semena-mena, Dewan Ulama PAS enggan mengambil pusing akan isu terbaru yang melibatkan agama, hukum Islam dan juga akidah umat Islam.
Dewan Ulama PAS menjadi bisu, pekak dan buta di dalam isu kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dalam Forum ‘Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?’ di Subang Jaya, Selangor Sabtu dua minggu lalu. Dewan Ulama PAS menyerahkan kepada orang ramai untuk memutuskan sendiri akan perkara ini. Kenapakah ulama PAS jadi begini?
Mungkin kerana yang mengeluarkan kenyataan yang kontroversi itu adalah Nurul Izzah, Anak Ketua (secara tidak rasmi Pakatan Rakyat), maka Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib tiba-tiba kelu, tidak mampu mengeluarkan pendapat, pandangan mahupun hukuman dalam isu kebebasan memilih agama bagi Umat Islam. Menurut beliau, Nurul Izzah mempunyai pengetahuan yang tinggi dan tahu apa yang terbaik untuk semua pihak. Apa ertinya ini apabila ulama PAS menjadi ulama bisu? Apakah Datuk Harun Taib lebih takutkan Nurul Izzah dan bapanya melebihi takutnya beliau kepada Allah?
Sebelum ini, Presiden PAS sendiri mengambil sikap berdiam diri dan berdolak-dalik seolah-olah tidak mahu menguris perasaan Nurul Izzah apatah lagi bapanya, Anwar Ibrahim. PAS akan mendengar sendiri dari Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkenaan dengan kenyataan tentang umat Islam bebas memilih agama, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 Menurutnya, PAS tidak akan mengambil keputusan tanpa satu kenyataan yang jelas.
Menurut Abdul Hadi, PAS akan bertanya sendiri kepada Naib Presiden PKR itu untuk mendapat penjelasan terhadap isu tersebut.

 Kata-kata Presiden PAS  jelas satu tindakan berdolak-dalik kerana sehingga sekarang tiada kenyataan terbaru daripada lidah rasmi parti. Nurul Izzah sehingga rencana ini ditulis masih tidak dipanggil oleh Presiden PAS untuk mendengar penjelasan beliau. Presiden PAS seolah-olah mahukan kes ini dilupakan oleh Rakyat Malaysia begitu sahaja.
Sementara itu Datuk Mustafa Ali pula mengatakan PAS tidak akan mengambil pendirian hanya kerana laporan media.

 Ini sahaja komen yang boleh kita baca daripada Setiausaha Agong PAS. Sering sahaja menyalahkan media arus perdana terutama Utusan Malaysia apabila berlaku sesuatu kekusutan di dalam Pakatan Rakyat, sedangkan umum telahpun rata-ratanya menonton video penuh kenyataan Nurul Izzah berkenaan. Video berkenaan bukan dirakam oleh Utusan Malaysia. Malah artikel pertama berkenaan isu ini diterbitkan oleh Malaysiakini versi English. Mengapakah Setiausaha Agung PAS perlu menunding jari ke arah Utusan Malaysia?
Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) tidak kurang dengan putar belitnya. DMPP ketika ditemubual pemberita ketika sessi Sidang Media di Parlimen merasa kesal dengan tindakan pihak tertentu menghukum Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sebelum mendapatkan penjelasan beliau. Timbalan DMPP, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, pihak yang membuat tuduhan kononnya Izzah menyokong Melayu murtad khususnya pimpinan Umno tidak memahami konteks dan maksud sebenar kenyataan Izzah dalam forum ‘Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?
Ahli Parlimen Kota Raja itu juga berkata, selepas mendengar penjelasan dari Izzah dan Ahli ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusof Rawa yang juga ahli panel forum tersebut, mereka yakin kenyataan Izzah itu diputar belit akhbar Utusan Malaysia. DMPP tanpa rasa segan silu menyokong tindakan Nurul Izzah. Adakah mereka tidak faham Bahasa English?
Muktamar PAS telah pun berlansung. Seharusnya ahli-ahli PAS harus tegas bertanyakan pucuk pimpinan kenapa Ulama di dalam PAS harus menjadi ulama bisu. Sampai bila ulama di dalam PAS harus dicucuk hidung mengikut telunjuk pemimpin-pemipin PKR dan DAP demi undi dan kerusi yang ditagih di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment