ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KENAPA PEMIMPIN TERTINGGI PAS & PKR TIDAK HADIR DI KONVESYEN DAP ???

Saturday 15 December 2012

KENAPA PEMIMPIN TERTINGGI PAS & PKR TIDAK HADIR DI KONVESYEN DAP ???



Kongres DAP yang berlangsung sekarang di Pulau Pinang sudah banyak menimbulkan pelbagai persoalan dan mungkin menimbulkan ketidakpuashatian rakan-rakan DAP di dalam Pakatan haram pembangkang.

Ketidakhadiran pemimpin-pemimpin tertinggi parti PAS dan PKR! Laporan mengatakan bahawa Mahfuz Omar dan Mansor Othman merupakan pemimpin tertinggi PAS dan PKR yang hadir. Benarkah? Dimanakah pemimpin-pemimpin pakatan yang lain?

Ketidakhadiran mereka itu sudah tentu menimbulkan persoalan besar kerana Kongres DAP ini merupakan yang terakhir sebelum PRU13 dan solidariti sesama parti perlu ditunjukkan tetapi mereka tidak berbuat demikian.

Maka, banyak spekulasi yang timbul, entah benar atau tidak. Di antaranya ialah ketidakhadiran pemimpin-pemimpin tertinggi PAS dan PKR itu dilihat sebagai mesej bahawa mereka kononnya tidak terlalu mengharapkan atau bergantung kepada parti DAP itu.

Jika mereka hadir, nampak sangat pergantungan mereka kepada parti DAP. Kata mudah, nak jual mahal.

Persoalannya, apakah pemimpin-pemimpin DAP peduli dengan spekulasi ini?

Nampaknya tidak kerana Lim Guan Eng DAP telah menggunakan platform ucaptama beliau semasa Kongres DAP itu untuk menuntut lebih banyak kerusi iaitu 3 kerusi parlimen dan 10 kerusi DUN di Semenanjung, tidak termasuk Sabah dan Sarawak!

Matematik mudah, jika DAP mahu tambahan kerusi, apakah ianya bermaksud bahawa PAS dan PKR terpaksa tunduk dan memberikan kerusi mereka kepada DAP?

Apakah ada percaturan kerusi yang lain?

Dan apabila Guan Eng bercakap, "DAP berharap kesetiaan kami diiktiraf dengan membenarkan DAP bertanding lebih banyak kerusi pada PRU nanti", apakah PAS dan PKR tidak setia parti DAP?

Apakah DAP sahaja yang layak menerima lebih banyak kerusi?

PAS tidak layak?

PKR tidak layak?

Apa pun, kenyataan di atas akan menimbulkan pergeseran di dalam Pakatan pembangkang.

Antara Pos melaporkan berita yang menarik tentang tuntutan terbaru DAP itu. Di antaranya :
Adalah difahamkan bahawa kerusi-kerusi tambahan yang dituntut oleh Guan Eng adalah untuk membolehkan parti itu meletakkan calon-calon Melayu tanpa melepaskan kerusi untuk calon-calonnya yang berbangsa Cina dan India.

Hasrat parti itu untuk menampilkan calon-calon Melayu bagi menarik undi Melayu disambut suram oleh PKR dan PAS yang banyak bergantung kepada undi Melayu.
Kenyataan di atas mungkin ada benarnya kerana beberapa orang Melayu telah menyertai parti DAP dan diberikan jawatan.

PS : KARPAL SINGH JUGA SEKALI LAGI MENGULANGI PENDIRIAN BELIAU YANG MEWAKILI PAKATAN RAKYAT DENGAN MENEGASKAN BAHAWA HANYA ANWAR IBRAHIM YANG AKAN JADI PM SEANDAINYA PAKATAN RAKYAT MENANG DALAM PRU 13 NANTI.  

No comments:

Post a Comment