ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: LEBUHRAYA RAKYAT DI KELANTAN AKAN SIAP SEBELUM AIDIL FITRI 2013 ???

Thursday 6 December 2012

LEBUHRAYA RAKYAT DI KELANTAN AKAN SIAP SEBELUM AIDIL FITRI 2013 ???


22 tahun Nik Aziz memerintah Kelantan dengan parti pas sebagai tunjang, 22 tahun jugalah beliau berjaya siapkan walaupun tidak sepenuhnya hanya 2 buah masjid dan 22 tahun jugalah gema pelbagai projek kononnya untuk rakyat kedengaran.

Dicanang di pentas ceramah politik, dicanang di masjid dan surau sempena kononnya kuliah maghrib-isyak malah dicanang di setiap kedai kopi dan pasar malam tentang segala projek mega yang telah "disempurnakan" perasmiannya oleh tuan guru merangkap Menteri Besar merangkap mursyidul am parti politik yang berlabel agama kononnya.

Terlalu banyak nak saya senaraikan di sini projek mega yang telah di tandatangan oleh nik aziz di batu asas semasa perasmian. Projek Stadium baru Kelantan yang dikatakan bakal siap tak lama lagi di Pasir Puteh antaranya yang sudah disempurnakan upacara pecah tanah oleh tuan guru yang ada pondok sendiri ini. Kalau kita meninjau di sana, masih tebal lagi hutannya, yang tinggal hanyalah bekas tanah yang dikorek semasa perasmian pecah tanah.

Belum sempat mula Stadium, kecoh satu Malaysia, Nik aziz melancarkan projek lebuhraya rakyat dengan konsep "kutip duit rakyat" demi untuk melihat rakyat Kelantan balik berhari raya dengan aman tanpa kesesakan lalulintas.

Melihatkan gambar keratan akhbar lama ini, tertanya-tanya, benarkah apa yang dilihat ini ?

Apakah nik aziz tidak malu dengan kegagalan demi kegagalan yang terus menerus menimpa beliau ?

KALAU NAK TENGOK STADIUM BARU KELANTAN ATAU APA SAJA PROJEK MEGA NIK AZIZ, PEJAMKAN MATA ANDA MAKA ANDA BOLEH LIHAT HEBATNYA PROJEK TERSEBUT..BILA BUKA MATA MAKA ANDA TAKKAN DAPAT LIHAT LAGI..PEJAM MATA SEMULA DAN AKAN TERPAMPANGLAH KEHEBATAN PROJEK ITU..BUKA MATA MAKA SELESAILAH SEGALANYA...

http://hambaliabdullah.blogspot.com/2012/10/ambo-malah-kecek-banyok-tengok-sediri.html

No comments:

Post a Comment