ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PAKATAN RAKYAT BERCELARU MENJELANG PRU13 !!!

Wednesday 12 December 2012

PAKATAN RAKYAT BERCELARU MENJELANG PRU13 !!!

Campuran tiga parti di bawah pakatan pembangkang yang tidak sehaluan boleh mencetuskan kecelaruan jika mereka menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata,ini kerana perjuangan ketiga-tiga parti itu tidak sehaluan dan akan memberi kesan terhadap negara, terutama rakyat, yang akan mengalami kerugian.

Beliau berkata, ini boleh dilihat apabila Pas dahulunya memperjuangkan negara Islam tetapi menukar kepada negara berkebajikan yang sebenarnya sudah diamalkan Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama, berikutan DAP menolak pelaksanaan hukuman hudud.

"PKR pula mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Pas mahukan presidennya dan kemungkinan DAP pun mahu merasa jadi Perdana Menteri. Mereka ini tidak seperti BN sepakat dan mempunyai matlamat tetap untuk mentadbir negara, mereka hanya mahu menang sahaja.

“Tetapi terpulang kepada rakyat untuk mengundi kerana taksub kepada sesebuah parti pembangkang biarpun apa dilakukan parti itu bertentangan dengan Islam,” katanya kepada pemberita sempena Seminar Ketahanan Nasional III ‘Mengekalkan Kedaulatan Negara’.

Dr Mahathir berkata, amat bahaya sekiranya rakyat mengundi tanpa menggunakan akal fikiran waras yang boleh menyebabkan keamanan negara tergadai.

"Negara kini mengecapi keamanan kerana bijak memilih pemerintah mentadbir negara dengan baik," katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir juga menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengumumkan tarikh PRU13 berdasarkan semangat akar umbi Umno kian terserlah selepas Perhimpunan Agung Umnominggu lalu.

“Terpulang kepada beliau berdasarkan penilaian yang dibuat. Kita sekarang patut rapatkan kembali barisan supaya dapat mendirikan sebuah kerajaan kuat mendapat dua pertiga kerusi untuk melaksanakan dasar kerajaan yang kadang-kadang tidak popular,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, tiada satu kaum di negara ini mendapat seratus peratus hak istimewa, sebaliknya mereka perlu berkorban sebahagian bagi membolehkan semua pihak merasainya

No comments:

Post a Comment