ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: RAKYAT KELANTAN UMPAMA "PUNGGOK RINDUKAN BULAN"

Thursday 13 December 2012

RAKYAT KELANTAN UMPAMA "PUNGGOK RINDUKAN BULAN"


1. Pas mengekalkan Kelantan sebagai negeri sekular

Pas hanya tahu menempelak orang lain. Sebagai contoh di dalam sidang Dewan Undangan Negeri pada 15 Oktober 1989, ahli dari Bukit Panau Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman menegaskan kepimpinan negara ini adalah Al Kiadatul Mukmintul Solehah, iaitu kepimpinan yang beriman dan beramal soleh. Ahli dari Se
mut Api yang kini menjadi Menteri Besar bangun menolak dakwaan tersebut dengan berkata negeri ini adalah negeri sekular , negeri yang tidak beriman dengan Allah, tidak beriman dengan kitab dan Rasul. Apa yang ajaibnya apakah apabila Nik Aziz menjadi menteri Besar Kelantan, Kelantan sudah menjadi negeri yang beriman dan bukan lagi negeri sekular.

Setahu kita undang-undang tubuh negeri Kelantan belum dipinda dan sama seperti perlembagaan yang dianggap taghut oleh pemimpin Pas suatu ketika dahulu. Lebih teruk itu satu usul telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 11 April 1993 untuk melindungi dan mempertahankan undang-undang tubuh Negeri Kelantan seperti yang sedia ada.


2. Pas mengekalkan perlembagaan Taghut
Kegagalan Pas meminda undang-undang tubuh Negeri Kelantan yang dahulunya disifatkan sebagai undang-undang taghut amat memalukan. Apa yang dipinda dari undang-undang tubuh tersebut ialah undang-undang anti lompat bagi memecat mana-mana ahli dewan undangan negeri yang bertukar parti. Akhirnya pindaan tersebut dibatalkan oleh mahkamah.


3. PAS tidak melaksana hukum Islam di Kelantan
Berulang kali Pemimpin Pas mendakwa mereka sedia membubarkan parti Pas jikalau UMNO melaksanakan hukum Islam. Apa yang ajaibnya pemimpin Pas tidak sedar bahawa Pas yang sebenarnya tidak bersedia melaksanakan hukum Allah. Sebagai bukti kecil, Harakah 22 Mei 1987 menyiarkan kenyataan Ustaz Hassan Sukri setiausaha Agung Pas ketika itu yang menyifatkan Undang-undang Pentadbiran hukum syarak seperti yang dipinda dan diamalkan oleh Kerajaan negeri Kelantan sebagai satu undang-undang yang besar kesesatannya.

Ini kerana mengikut Ustaz Hasan, mereka telah meminda hukum hudud yang telah ditetapkan oleh Allah dalam al-Quran. Apa yang dilakukan oleh pemimpin Pas Kelantan hari ini meneruskan pelaksanaan pentadbiran hukum syarak yang dahulunya disifatkan sebagai sesat. Penggubalan undang-undang berhubung Nikah kahwin tidak berkait langsung dengan kuasa kerajaan Pusat. Maka apakah sebenarnya sebab Pas meneruskan pelaksanaan hukum yang dahulunya disifatkan sesat. Apakah jikalau orang lain buat sahaja sesat, tetapi jikalau Pas buat tidak sesat? Dan memang itulah perangai Pas. Umno beri duit kepada rakyat dikatakan Rasuah, tetapi kalau Pas beri duit kepada rakyat dianggap Sedekah.

Jikalau Pas tidak mampu melaksanakan hukum Allah maka apa perlunya Pas sibuk mahu pihak lain melaksanakan hukum Allah. Sepatutnya Pas buat terlebih dahulu hukum Allah itu kemudian barulah boleh menuduh pihak lain enggan melaksanakan hukum Allah. Pas tidak seharusnya menjadi ketam menyuruh anaknya berjalan betul sedangkan ibunya sendiri berjalan mengiring. Apakah Pas sebuah parti yang istimewa di sisi Tuhan sehingga tidak perlu melaksanakan apa yang dikatakan?


4. Pas hanya tahu berjanji
Pas akan tumbang kerana pemimpin Pas hanya pandai berjanji ketika belum berkuasa tetapi akan melupai rakyat apabila berkuasa. Harakah Bil 1124 bertarikh 18 Oktober 1999 muka surat 40 memuatkan kenyataan Presiden Pas ketika itu (Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor) yang berjanji bahawa seluruh rakyat akan memiliki rumah sendiri sekiranya gabungan parti Alternatif di beri mandat memerintah negara ini selepas pilihan raya umum nanti.

Apa yang terbukti di Kelantan, Pas gagal memastikan setiap rakyat mempunyai rumah walaupun hampir 18 tahun memerintah Kelantan. Jikalau sebuah negeri yang kecil, pun Pas gagal menunaikan janji jangan diharap Pas mampu untuk menunaikan janji bagi sebuah negara yang besar. Sehingga kini masih ramai rakyat Kelantan yang tidak mempunyai rumah, yang menumpang di rumah orang, menumpang tanah orang dan mendirikan rumah rakit di dalam sungai Kelantan. Apakah pemimpin Pas tidak sedar atau berpura-pura tak tahu hal ini? Tidak malukah pemimpin Pas Kelantan dengan kemiskinan rakyat Kelantan, mereka hidup melarat di bumi sendiri sedangkan pimpinan Pas hidup mewah dan senang lenang belaka. Bahkan ada di antara kuli balak pemimpin Pas memiliki kereta mewah.


5. PAS tidak tegas dalam soal aurat
Amalan cakap tidak serupa bikin dalam soal aurat. Sekiranya kita tidak pernah pergi ke Kelantan sudah pasti kita akan menyangka bahawa rakyat Kelantan semuanya menutup aurat khasnya peniaga-peniaga di bandar Kota Bharu. Hakikat sebenarnya tidak begitu. Suatu ketika dahulu ada kedai yang tidak beri lesen kerana ada pekerjanya tidak menutup aurat. Sekarang semuanya tidak dipedulikan lagi. Soal sebenarnya ialah rakyat tidak segan kepada orang yang sibuk bercakap soal aurat. Rakyat tidak kesah kerana tidak ada kesungguhan daripada pemimpin Pas sendiri untuk hidup secara Islam. Amalan yang tidak Islamik khasnya tidak mempedulikan rakyat masih tebal di kalangan pemimpin Pas.


6. Sikap PAS berdolak dalih dalam soal arak
Pas akan kalah kerana sikap talam dua muka Menteri Besar Kelantan. Semasa menjadi Ketua Pembangkang DUN Kelantan iaitu pada 22 Mac 1987 Nik Abdul Aziz selaku Ahli DUN Semut Api semasa berhujah dengan pihak kerajaan berkata “ Masalah haram arak dalam Islam ini kerana mabuk. Jadi apabila arak itu diharamkan atas dasar ia memabukkan dan mabuk ini bukan sahaja terkena ke atas orang Islam, bahkan orang yang tidak Islam pun mabuk juga apabila meminumnya, sebab itu hukum itu patut disamaratakan. Yang anehnya apabila Nik Aziz bertukar menjadi ADUN Chempaka dan menjadi Menteri Besar, arak ini boleh pula dijual kepada orang bukan Islam. Bahkan beliau mengaku melalui akhbar Utusan Malaysia 19 November 1992 sebanyak 44 lesen arak telah beliau luluskan dengan alasan Islam tidak menegah masyarakat bukan Islam menikmatinya. Rupa-rupanya arak yang haram dan memabukkan itu adalah nikmat pula. Inilah sikap dua kitab pemimpin Pas. Kalau orang lain buat haramun. Kalau Pas buat halalun.


7. Pas hanya bangga dengan slogan dan label
Kerajaan Pas berbangga dengan slogan, pintu gerbang dan lebel sahaja. Pelbagai slogan dicipta dan dijadikan papan tanda di segenap ceruk negeri. Apakah rakyat akan kenyang dengan melihat pintu gerbang, label dan slogan. Kelantan adalah satu contoh negeri "make up", cantik kerana "make up" sahaja sedangkan tuan asalnya adalah hodoh. Apabila habis "make up" akan terserlah hakikat sebenar iaitu tembaga yang berkarat dan busuk. Slogan utama kerajaan negeri Membangun Bersama Islam tidak dapat difahami oleh rakyat. Bangunan-bangunan yang tinggi-tinggi yang dibina di bandar Kota Bharu dibina oleh pihak swasta dan tauke -tauke dari luar Kelantan. Sila lihat TESCO di Lembah Sirih siapa punya. Apa sebenarnya yang dibangunkan oleh Pas Kelantan?

Pintu gerbang adalah pembangunan yang dijalankan oleh pemimpin Pas. Sepatutnya setelah hampir 18 tahun memerintah sudah ada bangunan di setiap kawasan parlimen bagi menempatkan pusat pembinaan insan yang lengkap. Kompleks latihan untuk rakyat yang memerlukan mesti ada di setiap kawasan parlimen. Memerintah sekadar menunggu masa untuk pilihan raya adalah kerja yang senang. Apabila perut rakyat lapar tak tertahan baru pihak kerajaan tahu susah senang memerintah.


8. Pas berbohong mahu ikut Nabi
Lain cara Nabi, lain cara Pas. Melalui Harakah bertarikh 6 September 1991 Menteri Besar Kelantan mendakwa dasar pemerintahan Kerajaan negeri Kelantan bukannya ditiru daripada Kerajaan Inggeris ataupun daripada barat sebaliknya ia mengambil contoh pemerintahan sebagaimana yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. Ini nak tipu orang dalam cerah.

Semua rakyat Malaysia tahu sejak memerintah Kelantan dari tahun 1990 sehingga hari ini Pas masih mengguna pakai undang-undang tubuh negeri Kelantan yang diwarisi dari zaman Inggeris. Kalau ada ubahsuai pun ia masih tidak menepati dasar pemerintahan Rasulullah. Ini diakui sendiri oleh pemimpin Pas yang seringkali mendakwa perlembagaan negara ini masih belum mengucap dua kalimah syahadah. Yang kedua banyak bezanya antara cara hidup Nabi dan sahabatnya dengan cara hidup wakil rakyat Pas di Kelantan. Pernah dapur rumah Rasullullah tidak berasap berbulan-bulan. Anak saudara Aisyah bertanya bagaimana makcik hidup? Jawab Aisyah Dengan 'buah tamar dan air sahaja'. Berapa orang pemimpin Pas kah yang hanya makan buah tamar dan air lalu mengaku berjuang mengikut Sunnah.

Sepatutnya konsep wakil rakyat cara Pas, wakil rakyat lebih susah daripada rakyat, apa yang berlaku adalah di sebaliknya, maka di mana lebihnya Pas di dalam membantu rakyat berbanding wakil rakyat UMNO. Tidak perlulah dibandingkan wakil rakyat Pas dengan sahabat Nabi. Jauh panggang dari api.

No comments:

Post a Comment