ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: GEMPARRR!!! TERKINI...USTAZ NASHARUDIN DI PECAT!!!

Tuesday 29 January 2013

GEMPARRR!!! TERKINI...USTAZ NASHARUDIN DI PECAT!!!

Tahniah PAS , pada ketika semua pihak mempertikaikan tentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam Majlis Syura PAS bertindak menggugurkan keanggotaan Ustaz Nasharudin dari Majlis Syura PAS.

Majlis Syura PAS telah membuat keputusan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam namun di peringkat Pakatan Haram ianya masih kekal dengan keputusan yang dibuat oleh Hadi bersama kepimpinan DAPigs dan PKR.

Persoalannya mengapa Majlis Syura PAS langsung tidak mengambil sebarang tindakan susulan supaya keputusan diperingkat Pakatan Haram itu ditarik balik sebaliknya boleh pula mengadakan mesyuarat bagi membincangkan tentang kedudukan Ustaz Nasharudin dalam Majlis Syura ?

Alasan pengguguran Ustaz Nasharudin sebagai anggota Majlis Syura kerana melanggar peraturan berjamaah dilihat cukup memalukan lebih-lebih lagi dalam keadaan penggunaan kalimah Allah masih menjadi teka teki dalam Pakatan Haram.

Dalam hal ini dimana kredibiliti anggota Majlis Syura PAS yang dianggotai oleh ulama PAS sekiranya urusan parti diletakkan lebih penting dari membetulkan tentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam ?

Majlis Syura Pas mengesahkan telah menggugurkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang pernah disebut akan diambil tindakan disiplin tahun lalu, atas alasan telah melanggar beberapa peraturan badan tertinggi parti itu.

Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin  didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.

“Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat."

“Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti . Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas… maaf ya." (peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS, lapor 'Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013 pada muka belakangnya.)

“Surat mengenai perlucutan Nasharuddin sebagai anggota Majlis Syura sudah diserahkan selepas mesyuarat itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online pada 27/01/2013.

Ketika ditanya sama ada pihak Majlis Syura ada menghubungi Nasharudin selepas keputusan itu dibuat, Nik Zawawi berkata, pihaknya tidak ada menghubungi Ahli Parlimen Bachok itu.

“Beliau juga tidak ada menghubungi kami untuk penjelasan lanjut."

“Dengan keputusan ini, anggota Majlis Syura berharap beliau akan istiqamah dan menumpukan perhatian dalam perjuangan parti. Sumbangan beliau masih diperlukan dan diharapkan beliau dapat beri manfaat kepada parti,” katanya lagi.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai tindakan Nasharudin yang mengikuti rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk lawatan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza baru-baru ini, Nik Zawawi berkata, itu merupakan tindakan peribadi Nasharudin.

“Itu terpulanglah kepada dia (Nasharudin), itu tindakan peribadinya sendiri."

Pada September lalu, Nasharudin dan Majlis Syura dilaporkan menjadi tumpuan dengan membincangkan nasib bekas Timbalan Presiden Pas itu.

Bagaimanapun mesyuarat 9 September itu bersidang tanpa membincangkan isu berkaitan dengan Nasharudin.

Seperti diramalkan pemerhati dan kebanyakan pemimpin kanan parti ketika itu, beliau 'selamat' daripada sebarang tindakan berat.

Ketika itu, Nasharudin menjadi tumpuan ekoran  gesaan beliau agar Pas mempertimbang semula keanggotaan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dalam isu hudud.

Jawapan Nasha mengenai kehadirannya bersama Najib di Gaza

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa (gambar) menegaskan, beliau tidak akan melayan sebarang tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh sesetengah pihak khususnya dalam parti itu berikutan tindakan beliau menyertai rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza, pada Selasa lalu.

Sambil menyifatkan tindakan kelompok yang berbuat demikian sebagai tidak berasas, Nasharudin berkata, lawatan itu tidak ada kena mengena dengan parti dan ia dibuat atas dasar beliau sebagai seorang Islam yang prihatin kepada nasib orang Islam lain.

"Serangan dan tohmahan yang dilakukan ke atas saya, semuanya tidak berasas serta dibuat dalam bentuk andaian.

 Ia dilakukan atas sebab ketidakyakinan yang boleh mendatangkan dosa," katanya kepada wartawan Malaysia.

Nasharudin mengulas tindakan pelbagai pihak pro pembangkang khusus di dalam Pas yang mengecam Ahli Parlimen Bachok itu kerana menyertai rombongan Perdana Menteri ke Gaza.

Ini merupakan kali kedua Nasharudin menerima nasib sedemikian apabila kali pertama turut dikecam oleh penyokong Pas dan pembangkang kerana menyertai rombongan Najib ke Mekah pada bulan Ramadan tahun lalu.

Menurut Nasharudin, lawatan Perdana Menteri itu sama sekali tiada kaitan dengan politik sebaliknya berasaskan kepada semangat keprihatinan yang tinggi terhadap nasib rakyat Palestin.

"Sepanjang program lawatan ini diatur dan ketika dalam perjalanan ke Gaza, kita sama sekali tidak membincangkan soal politik Malaysia, apa yang kita bincangkan ialah apakah usaha yang boleh dilakukan untuk mengukuhkan sumbangan kita atas dasar sebagai seorang muslim bagi membantu Palestin," tegasnya.


No comments:

Post a Comment