ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HOT!!! KARPAL SINGH DESAK HADI AWANG UBAH PENDIRIAN MAJLIS SYURA!!

Monday 21 January 2013

HOT!!! KARPAL SINGH DESAK HADI AWANG UBAH PENDIRIAN MAJLIS SYURA!!


Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh akan meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya mengubah semula pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam termasuk Bible versi Bahasa Melayu.

Karpal Singh dilaporkan Sinar Harian berkata Hadi perlu melakukan perkara itu supaya keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang bermesyuarat pada 13 Jan tidak bercanggah dengan keputusan yang dicapai Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada 8 Januari lalu.
“Adalah penting untuk Majlis Syura Ulama Pas mengambil satu pendirian yang sama dengan PR dan saya harap Abdul Hadi dapat menentukan pendirian Majlis Syura."
“Saya merayu kepada Abdul Hadi agar dapat menentukan semula pendirian Majlis Syura ini,” kata beliau pada sidang media di Georgetown.
Ahad lalu, Majlis Syura Ulama Pas yang dianggotai 15 anggota memutuskan sebulat suara bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu selepas isu berkenaan dibantah pelbagai pihak.
Mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan bahawa menterjemah perkataan ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna, tidak menepati kehendak sebenar dan perlu dicegah kerana membawa kekeliruan yang nyata.
Hadi juga termasuk salah seorang ahli Majlis Syura Pas yang bersetuju dengan keputusan tersebut.
Isu penggunaan kalimah ALLAH timbul selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan sambutan Krismas lalu meminta kerajaan membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible Bahasa Melayu.
Sebelum itu, Nik Aziz secara tegasnya mahu semua pihak termasuk pemimpin PR menerima keputusan Majlis Syura Ulama iaitu kalimah ALLAH tidak boleh digunakan bukan Islam.
Nik Aziz berkata, perkara itu tidak perlu ditimbulkan semula setelah Majlis Syura Ulama menetapkan larangan penggunaan kalimah yang eksklusif bagi orang Islam itu diterjemahkan mana-mana kitab agama bukan Islam kerana salah dari segi maknanya.
Diminta mengulas tindakan Guan Eng yang enggan mengulas mengenai isu itu, Karpal berkata:
“Bukan Guan Eng tidak mahu mengulas… dia tidak tukar pendirian dia. Itu maksudnya apabila dia tidak mahu mengulas.”
Di Sabah dan Sarawak, katanya, ia diamalkan sejak sekian lama dan tidak pula timbul sebarang masalah atau tentangan.
“Jadi saya rasa ia juga boleh dilaksanakan di Semenanjung kerana tidak akan menjejaskan mana-mana kuasa dan pihak,” katanya.
Pssss ....
Kat sini ambo nak tanya satu benda je kat Hadi Awang. Setuju atau tidak dengan desakan Karpal Singh???

Mari kita nantikan keputusan Hadi dan Majlis Syura.Adakah mereka akan mengikut arahan Karpal Singh???

Jika selepas ini Majlis Syura bertukar pandangan...,
 maka kita boleh katakan yang PAS ini sememangnya anjing DAP demi ke Putrajaya !!!

No comments:

Post a Comment