ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ISU KALIMAH ALLAH TIADA KESEPAKATAN DALAM PAKATAN HARAM !!!

Saturday 19 January 2013

ISU KALIMAH ALLAH TIADA KESEPAKATAN DALAM PAKATAN HARAM !!!


Timbalan Presiden Pkr, Mohamed Azmin Ali menegaskan polisi Pakatan Rakyat (PR) berhubung dengan isu kalimah Allah yang pernah disepakati pada 4 Januari 2010 masih kekal sampai sekarang sekaligus menolak keputusan Majlis Syura Pas yang bermesyuarat Ahad lalu.

“Isu Allah telah selesai dan tidak pernah berubah. Baru-baru ini, Presiden Pas mengesahkan kedudukan Pas dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada 8 Jan, dan ia adalah sama seperti pada tahun 2010.

“Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya, ” tegas Azmin seperti dilaporkan FMT pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR khamis (17/01/2013).
Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat pada 8 Januari lalu sepakat dan bersetuju bahawa penggunaan kalimah ‘Allah’ wajar diberikan untuk semua agama, dengan syarat ia ‘tidak disalahgunakan’.
Perkara itu diumumkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kalimah ‘Allah’ adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal bahasa al-Quran dan tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.
Bagaimanapun, Majlis Syura PAS dalam mesyuaratnya Ahad lalu memutuskan kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan dalam bible Bahasa Malaysia atau mana-mana bahasa kerana ia tidak mencapai makna sebenar perkataan Allah seperti yang termaktub dalam Al-Quran.
Mengulas lanjut, Azmin yang dianggap orang kanan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan Majlis Syura itu hanya untuk ahli-ahli Pas sahaja.
“Kami menghormati pandangan Majlis Syura. Kita tidak boleh menghalang sesiapa untuk bercakap dan kita mempertahankan hak demokratik setiap individu.
“Tetapi keputusan Majlis Syura hanya terpakai untuk ahli-ahlinya (sahaja),” katanya.
Walaupun keputusan Majlis Syura membuat keputusan berbeza, namun ia tidak boleh mengubah polisi PR yang telah disepakati bersama.
“Kami, Pkr, Dap dan Pas terikat dengan dasar umum yang telah dipertimbangkan, dibincangkan, diluluskan dan disahkan. Dan mesyuarat yang paling terkini adalah pada 8 Jan.
“Kami tidak boleh menukar pendirian setiap hari. Jadi, walaupun isu ini dibincangkan sekali lagi, pendirian Pas dan Pakatan Rakyat tidak pernah berubah, ” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment