ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PAS KEKAL PENDIRIAN SOKONG KALIMAH ALLAH UNTUK KRISTIAN !!!

Monday 7 January 2013

PAS KEKAL PENDIRIAN SOKONG KALIMAH ALLAH UNTUK KRISTIAN !!!


Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menegaskan parti itu kekal dengan keputusan menyokong penggunaan kalimah Allah untuk penganut bukan Islam seperti yang diputuskan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 2010.
Beliau yang dilihat seolah-olah memandang ringan kemarahan umat Islam dalam isu tersebut berkata, polemik kalimah Allah hanya timbul di Semenanjung tetapi tidak pernah menjadi isu dalam kalangan penganut Islam dan Kristian di Asia Barat serta Sabah dan Sarawak.
“Presiden Pas pernah mengeluarkan kenyataan pada 2010 untuk tidak melarang penganut selain Islam menggunakan kalimah Allah. Pas masih kekal dengan pendirian itu,” katanya sebagaimana dipetik daripada portal berita propembangkang, Malaysian Insider dan Harakah hari ini.
Kenyataan Mohamad Sabu itu bertentangan dengan pendirian Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali; Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Rani Osman yang menjelaskan kalimah Allah hanya untuk orang Islam.
Mereka bertiga sepakat bahawa terjemahan God dalam kitab Bible untuk penganut Kristian harus digantikan dengan ‘Tuhan’ dan bukan ‘Allah’ sebagaimana dituntut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika menyampaikan perutusan Krismas baru-baru ini.
Sementara itu, menerusi lidah rasmi Pas, Harakah Daily, Mohamad Sabu mempertahan pendiriannya menyokong penggunaan kalimah Allah untuk penganut bukan Islam tetapi mendakwa tidak merujuk kepada penggunaan Bible sebaliknya secara umum.
“Saya bukan ahli agama, tetapi saya menyokong apa yang diputuskan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden parti dalam isu penggunaan kalimah Allah,” katanya sambil mengakui belum membaca kenyataan Tuan Ibrahim dengan alasan baru balik dari luar negara .



Timbalan VS Timbalan. Yang mana satu betul dan yang mana satu harus diikut?
Pencacai PAS pun sudah pening hendak sokong yang mana satu. Perselisihan pendapat antara Pemimpin peringkat tertinggi PAS yang bakal menjahanamkan PAS!!! 


No comments:

Post a Comment