ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: NASHARUDIN BUKAN LAGI AHLI PAS !!!

Tuesday 5 February 2013

NASHARUDIN BUKAN LAGI AHLI PAS !!!


KONFLIK dalam Parti Islam se-Malaysia PAS semakin bernanah semenjak pemecatan Nasharudin Mat Isa dari Majlis Syura. Ramai sebenarnya yang tak faham tentang pemecatan bekas Timbalan Presiden PAS ini yang juga bermaksud beliau telah dipecat secara automatik sebagai ahli PAS sama seperti yang berlaku terhadap Hasan Ali satu masa dulu.
Dalam kenyataan media Nik Aziz berkata :
Pengguguran keanggotaan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama adalah sama seperti beliau dipecat daripada parti, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 
Nik Aziz berkata, Nasharuddin tidak perlu menunggu surat daripada parti mengenai status keahliannya kerana pemecatan beliau daripada Majlis Syura secara automatik bermaksud dia bukan lagi ahli PAS. 
“Adalah tidak penting sama ada dia menerima surat daripada Majlis Syura memaklumkan beliau sudah dipecat atau menunggu jawapan mengenai status keahliannya. Hakikatnya tetap teguh bahawa Lafaz Cerai telah dibuat dan beliau bukan lagi ahli parti,” katanya kepada pemberita di sini, Khamis. 

No comments:

Post a Comment