ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SHAH KIRIT - MEMATAH HUJAH KRISTIAN MAHU GUNA KALIMAH ALLAH.

Friday 8 February 2013

SHAH KIRIT - MEMATAH HUJAH KRISTIAN MAHU GUNA KALIMAH ALLAH.

Shah Kirit Kakulal Govindji, asalnya beragama Hindu telah memeluk Islam pada tahun 1996. Pada tahun 1999, beliau mengembara ke Mumbai, India untuk mengambil bahagian dalam intensif perbandingan agama kursus “Program Latihan Dakwah Antarabangsa” yang dianjurkan oleh tokoh dakwah terkenal di dunia Dr Zakir Naik, Presiden Yayasan Penyelidikan Islam (IRF).
Sejak itu, Brother Shah Kirit mulai aktif bercakap pelbagai topik dalam ‘Dialog Antara Agama’ anjuran universiti tempatan, NGO, badan agama dan jabatan kerajaan.
Brother Shah Kirit juga adalah Ketua Pegawai Dakwah Islamic Information & Services Foundation, sebuah organisasi dakwah untuk memberi informasi mengenai agama Islam yang terletak di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Beliau juga merupakan pengurus syarikat penerbitan, Saba Islamic Media Sdn. Bhd. cawangan Maju Junction
Ikutilah rakaman ceramah Brother Shah Kirit (video di bawah) di Masjid Al-Azim Pandang Indah pada 17 Januari 2013 yang dirakamkan A Karim Omar.
Dalam rakaman itu, Brother Shah Kirit bercakap berkenaan isu kalimah Allah dan cara-cara mematikan hujahnya.

No comments:

Post a Comment