ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TERIMA AHZAB AKHIRAT JIKA SALAH PILIH - NIK AZIZ

Saturday 9 February 2013

TERIMA AHZAB AKHIRAT JIKA SALAH PILIH - NIK AZIZ


KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membayangkan pengundi akan menerima akibat di akhirat kelak sekiranya salah membuat pilihan pada pilihan raya umum nanti.

"Yakinlah, setiap bahagian badan, termasuk tangan yang mengundi, akan menjadi saksi pada hari kiamat. Jangan membuat pilihan yang salah.

"Kesilapan akan membawa menyesal di akhirat nanti," kata Menteri Besar Kelantan itu memberi amaran dalam mesej tahun baru yang disampaikan.

Nik Aziz kemudian berkata pendekatan sekular telah lama menyusup ke dalam politik negara sehingga membawa kepada kerosakan kepada orang Melayu dan umat Islam terutamanya.

Justeru menurut beliau cara hidup Ad'din seperti yang diunjurkan dalam Islam harus dijadikan panduan negara Malaysia supaya dicontohi masyarakat lain.

"Sekularisme telah berakar dalam politik untuk terlalu lama, menyebabkan kerosakan yang amat besar. Memanjangkan sekularisme akan menjejaskan orang Melayu dan Islam," katanya.

Namun DAP yang merupakan rakan sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat menunjukkan pendirian sebaliknya di mana parti itu lebih cenderung kearah memperjuangkan negara sekular.

Melalui pengerusinya Karpal Singh sebelum ini berkali-kali menegaskan bahawa Malaysia harus kekal di bawah prinsip negara sekular mengambil kira masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Pada kongres parti itu di Pulau Pinang bulan lalu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut menegaskan bahawa DAP akan sentiasa memperjuangkan prinsip berkenaan untuk Malaysia.

Malah Guan Eng baru-baru ini dalam ucapannya bersempena sambutan Hari Krismas turut meminta kerajaan agar membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible sepertimana yang dilaksanakan di negeri Sabah dan Sarawak.

Ini kata beliau bagi meraikan keadilan dan kesamarataan semua pihak.

Namun gesaannya itu mendapat kritikan semua pihak termasuk rakan komponen PAS sendiri sehingga memaksa Guan Eng untuk mempalitkan kesilapannya itu kepada media dengan mendakwa ianya disalah lapor.


Diharapkan video dibawah akan membongkar 'dalam kain' Nik Aziz yang selama ini cuba ditutup dengan firman Allah dan Sabda Rasulullah..



No comments:

Post a Comment