ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SEMBOYAN SUDAH BERBUNYI MENUJU #LAHAD DATU.

Wednesday 6 March 2013

SEMBOYAN SUDAH BERBUNYI MENUJU #LAHAD DATU.


Sekitar jam 7 pagi tadi pasukan keselamatan kita telah pun melancarkan serangan besar-besaran ke atas kedudukan kumpulan pengganas Sulu di Tanduo, Lahad Datu, Sabah. Diikuti dengan serangan kedua pada jam 10 pagi tadi.

Sejumlah 7 batallion pasukan ATM dengan bantuan dan kerjasama PDRM yang terdiri daripada VAT69, PARA dan GGK kini sedang menuju medan bakti telah menyerang secara besar-besaran dari pelbagai sudut untuk menggempur dan menumpaskan kumpulan pengganas Sulu itu.

Serangan udara dan letupan bom boleh di dengar sejauh lingkungan 4 kilometer. Tembakan bertali arus dari pasukan keselamatan kita juga bersahutan.


Setakat ini belum diketahui jumlah kecederaan atau kematian di kedua-dua pihak, namun kita harapkan segalanya berjalan dengan baik dan selamat di pihak kita, InsyaAllah. Mudah-mudahan semua musuh dapat ditewaskan.

Sama-sama kita semua rakyat Malaysia yang mendoakan yang terbaik untuk keselamatan perajurit-perajurit negara yang sedang menyabung nyawa demi keamanan tanahair ini. Inilah masanya kita buktikan semangat patriotik dan kecintaan pada negara sentiasa mekar di hati sanubari rakyat Malaysia.

Jika masih ada suara sumbang mempertikaikan pengorbanan perajurit negara atau cuba memperlekehkannya, jalankan tanggungjawab anda sekalian untuk memastikan kebenaran mengatasi kebatilan.

Musuh-musuh dari dalam dan luar, bila-bila masa sahaja akan mengambil peluang untuk meremehkan apa yang sedang berlaku bertujuan untuk mematahkan semangat perjuangan para perajurit kita, jika tidak kita yang membantu menyokong anggota keselamatan negara, siapa lagi???

Berikut ialah kenyataan rasmi Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak berhubung serangan tersebut.
SEJAK pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada Februari 12, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius.
Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah. Pada hari Jumaat lepas mereka telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.
Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak.
Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka.
Kerajaan  mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. Pada jam 7pagi ini pasukan keselamatan  telah melancarkan serangan di Kampung Tanduo.
- Datuk Seri Najib Tun Razak

OPS SULU : Penceroboh ditumpaskan sepenuhnya - sumber polis


Kumpulan bersenjata Sulu bersenjata telah ditumpaskan oleh pasukan keselamatan Malaysia dalam kejadian tembak-menembak secara besar-besaran bermula pukul 7 pagi Selasa, kata sumber polis.
Pasukan keselamatan Malaysia berada di peringkat keempat dalam Ops Sulu apabila mereka mengawal keselamatan kampung yang dikepung oleh kira-kira 100 lelaki bersenjata yang merupakan pengikut kepada seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, yang menegaskan bahawa saudaranya mengetuai kumpulan itu untuk berada di Tanduo sehingga mati walaupun tarikh akhir dilanjutkan yang diberikan kepada mereka untuk meninggalkan kawasan itu tanpa pertumpahan darah.
Rundingan untuk menyelesaikan pencerobohan, untuk dilakukan secara aman telah gagal dan pada pagi Selasa, jet pejuang terbang melakukan serangan, diikuti oleh pasukan polis elit yang turut menghadapi pertempuran itu.
Ketua Polis Negara memberitahu pemberita pada pukul 11.30 pagi bahawa tiada mangsa di kalangan rakyat Malaysia tetapi bilangan mangsa untuk lelaki bersenjata masih tidak diketahui.
Keadaan di semua bahagian pantai timur Sabah adalah terkawal oleh pihak polis dan tentera yang mengawal ketat keselamatan di beberapa lokasi strategi di mana mereka diancam oleh tindakan daripada pengikut Sultan Sulu bahawa akan berlakunya serangan balas sekiranya penceroboh Sulu dikalahkan.- MSTAR -


KRONOLOGI SERANGAN PIHAK BERKUASA DI
LAHAD DATU 
7.00 Pagi: Beberapa jet pejuang melalui Kampung Tanduo, diikuti dengan tembakan meriam.
7:30 Pagi: Sekurang-kurangnya enam letupan berterusan didengari dan wartawan di resortSahabat 16 berkata, jet kembali terbang rendah.
8:18 Pagi: Letupan kedengaran berhampiran Kampung Tandou yang diduduki sekumpulan penceroboh asing, pada kira-kira jam 7:30 pagi ini, menyebabkan 100 penduduk kampung melarikan diri.
"Mereka telah mula mengebom kawasan itu. Kami nampak jet pejuang di udara, mereka mengebom tempat itu empat kali," kata seorang penduduk kampung, Nasir Asrama, 38.
Penduduk kampung tersebut adalah dari Kampung Sungai Merah, sebuah kampung jiran dengan Kampung Tandou di mana kira-kira 100 penceroboh bersenjara dari Filipina berkubu.
Kampung Tandou terletak di antara Tanjung Labian dan Kampung Sungai Merah, masing- masing dalam 5km dan 2km. 

8.19 Pagi: Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini.
8:30 Pagi: Trak tentera dilihat memasuki kawasan itu. Skuad elit tentera dan polis berada di darat dan dipercayai terlibat dalam tembak-menembak dengan lelaki bersenjata.
8.45 Pagi: Penduduk Kampung Sungai Merah meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori, dengan hampir seratus orang memenuhi setiap kenderaan. Ketua kampung, Bani Rauf berkata mereka telah cuba ke Kampung Embara Budi tetapi tidak dibenarkan masuk.
"Pengawal kata mereka tidak akan benarkan kami masuk, jadi kami datang ke sini," katanya.
Mereka berhimpun di di jalan utama dari Kampung Tandou menunggu apa yang perlu dilakukan selepas ini.

8.54 Pagi: Seorang pegawai Felda tiba dan memberitahu ketua kampung untuk membuat kiraan jumlah penduduk dan mendaftarkan mereka. Seluruh penduduk kampung sekitar 300 orang beredar dari tempat itu menuju ke jalan kebun kelapa sawit.
9.11 Pagi: Difahamkan tujuh batalion tentera dikerahkan ke kawasan tersebut untuk mengukuhkan pasukan polis.
9.15 Pagi: Di bandar Lahad Datu, kira-kira 120km dari medan pertempuran, persediaan sedang dibuat di hospital utama bagi menerima mangsa serangan tersebut.
9.37 Pagi: Menurut sati sumber tentera, operasi yang terlibat jet pejuang, meriam serta askar berjalan kaki.
9.41 Pagi: Stesen radio Filipina dzBB melaporkan bahawa Abraham Idjarani, jurucakap kesultanan Sulu, berkata Azzimudie Kiram, adik sultan yang mengetuai pencerobohan itu, mengesahkan jet pejuang telah menggugurkan sekurang-kurangnya dua butir bom. Bagaimanapun, Idjirani mendakwa bom mengenai kedudukan penduduk Malaysia dan bukan kumpulan Azzimudie.
Stesen radio itu juga berkata pertempuran itu berlaku 107 tahun selepas bermulanya Perang Bud Dajo di Sula pada 1906 . Dalam pertempuran itu 1,000 Tausug, termasuk wanita dan kanak-kanak, telah dibunuh oleh tentera Amerika juga dikendali sebagai Pembunuhan Bud Dajo.
10.05 Pagi: Di Manila, pasukan polis dan wartawan berkumpul di luar kedutaan Malaysia. Mereka menjangka satu kumpulan penunjuk perasaan akan tiba di sana.
10.09 Pagi: Bunyi letupan telah berhenti sejak sejam yang lalu. Tidak jelas sama ada tentera darat telah dikerah masuk ke Kampung Tanduo.
10.43 Pagi: Kedutaan Filipina mendedahkan perjumpaan minit terakhir antara Setiausaha Luar Filipina Albert F fel Rosario bersama Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Perbincangan berkisar mengenai cara penyelesaian  terbaik tentang insiden di Lahad Datu.
10.45 Pagi: Media Filipina melaporkan, jurucakap Presiden Begino Aquino memberitahu pihaknya telah melakukan sedaya upaya untuk mengelak daripada pertumpahan darah di Sabah.
10.57 Pagi: Pihak Polis mengepung sepenuhnya kawasan konflik dengan menempatkan pihak berkuasa bersenjata di kawasan kebun kelapa sawit bagi mengelakkan penceroboh terlepas.
11.02 Pagi: Pekerja kebun kelapa sawit di arahkan untuk menghentikan sebarang aktiviti di kawassan tersebut dan diberi cuti. Atas sebab keselamatan, 1 000 pekerja diberi cuti.
11.15 Pagi: Ketua Polis Negara mengesahkan tiada pihak berkuasa tempatan cedera ataupun terkorban. Walubagaimanapun jumlah pihak musuh yang terbunuh belum mendapat kepastian.
11.25 Pagi:  Satu-satunya stesen minyak di Felda Sahabat kehabisan stok Petrol. Kawasan tersebut berkedudukan 15 kilometer dari Kampung Tanduo.
11.35 Pagi: Laporan The Star menyebut kumpulan bersenjata dari Sulu berjaya ditumpaskan sepenuhnya. Tiada kecederaan dari pihak berkuasa tempatan.
11.45 PagiKeadaan di Bandar Cenderawasih kira-kira 30 kilometer daripada Kampung Tanduo masih dalam keadaan aman. Dua helikopter ATM  mendarat di kawasn penduduk setempat.
11.54 Pagi: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengeluarkan kenyataan bahawa pihak ATM dan PDRM masih menerima tentangan daripada pihak musuh. Kumpulan bersenjata daripada sulu melepaskan beberapa das tembakan kepada pihak berkuasa tempatan.
12.50 Tengah Hari:Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Mohamed Thajudeen Abdul Wahab menjelaskan, makanan bagi penduduk yang dipindahkan kini sedang disediakan. Penduduk ditempatkan di sebuah dewan dan bekalan makanan dan minuman mencukupi.
13.00 Tengah Hari:Kira-kira 12.45 tengah hari, media Philippine Daily Inquirer melaporkan pemimpin kumpulan bersenjata di Sulu, Azzimudie memberitahu jurucakap Sultan Sulu dipetik sebagai berkata "kami sedang berehat di sini,"
Menurut Idjirani, Azzimudie memberitahu, bom yang dilepaskan pihak berkuasa Malaysia terkena di kawasan polis dan tentera Malaysia.
13.07 Tengah Hari: Media ABS-CBN melaporkan, dalam sidang media di Filipina, Setiausaha Luar Filipina Albert F del Rosario dipetik sebagai berkata " nasib kumpulan di Lahad Datu bergantung kepada mereka yang terus mempertahankan pendirian mereka".
13.08 Tengah Hari:Dari laman Twitter The Star, Semporna dalam keadaan berjaga-jaga.
13.30 Tengah Hari:Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Felda Sahabat dengan menaiki helikopter.
13.48 Tengah Hari: Wartawan diberitahu, operasi masih berjalan dengan lancar dalam Sidang Media antara Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
14.19 Petang: Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) telah menyertai dalam pertempuran, dengan bekas Ketua propaganda Hadji Acmad Bayam menyatakan bahawa komander terlatih Malaysia akan membantu pasukan Kesultanan Sulu di Sabah dalam pertempuran.
14.25 Petang: Menteri Pertahanan mengesahkan serangan pihak berkuasa tempatan melibatkan pesawat pejuang F-18 dan lima pesawat Hawk.
15.15 Petang: Avtivis Filipina berhimpun di hadapan kedutaan Malaysia di Makati City, Manila bagi menggesa pihak berkuasa Malaysia menghentikan serangan keatas tentera Kesultanan Sulu di Sabah.
15.19 Petang: Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi telah menolak dakwaan bahawa pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) membantu tentera Malaysia dalam operasi menentang Tentera Diraja Sulu di Sabah
15.32 Petang: Sultan Sulu menolak dakwaan bahawa pemimpin kumpulan penceroboh di Sabah Azzimudie Kiram terbunuh dalam serangan pagi tadi.
16.45 Petang: 20 orang tentera Kesultanan Sulu ditemui mati dan mayat Azzimudie yang dikatakan terbunuh masih belum lagi dijumpai.
14.35 Petang: Tan Sri Ismail Omar menafikan dakwaan terdapat anggota keselamatan negara ditawan tentera Kesultanan Sulu. Beliau turut menangkis dakwaan media Filipina bahawa serangan pihak berkuasa tempatan tidak berperikemanusiaan.
16.15 Petang: Operasi penggeledahan berlaku di Kampung Tanduo. Tan Sri Ismail Omar operai berjalan dengan penuh berhati-hati di kawasan berkeluasan empat kilometer persegi.
16.17 Petang: Batalion Pasukan Gerakan Am Sarawak di kerah untuk membantu pihak berkuasa di Lahad Datu.
16.59 Petang: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memaklumkan Ops Sulu masih berjalan dan pihak berkuasa dalam keadaan berhati-hati dalam mengesan musuh.
17.40 Petang: Dua kapal pengawal pantai Filipina diletakkan dalam di Zamboanga City dan mungkin di hantar ke sempadan perairan Malaysia bagi memberi bantuan keselamatan kepada rakyat negara ini yang terjejas dalam insiden di Sabah.
Jurucakap Pegawai Pantai, Komander Armand Balilo berkata, beliau sedang menunggu arahan daripada Kementerian Hal Ehwal Luar bagi menempatkan dua kapal tersebut di sempadan perairan Malaysia.

No comments:

Post a Comment