ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: UPDATES #LAHAD DATU @250313

Tuesday 26 March 2013

UPDATES #LAHAD DATU @250313

DUA MAYAT KANAK2 DIJADIKAN BENTENG MANUSIA OLEH PENGGANAS KIRAM III.
Pasukan keselamatan menemui empat mayat termasuk dua kanak-kanak dalam sebuah rumah selepas berlaku insiden berbalas tembak dengan pengganas militan Sulu dalam sebuah rumah pukul 9.15 pagi tadi.
Seorang kanak-kanak yang cedera dan seorang anggota tentera yang cedera telah diterbangkan ke hospital untuk mendapat rawatan segera.
Kejadian berlaku di Tanjong Batu dekat sini.
2 Mayat Kanak-Kanak  tersebut tidak dapat d pastikan apakah terkena tembakan atau d bunuh oleh pengganas Kiram III atau mati kebuluran atau dijadikan benteng

SEORANG LAGI TALIBARUT DITANGKAP.
SETELAH mendapat berita gembira yang ‘Menteri Pertahanan’ Sulu, Datuk Amir Bahar Hushin Kiram berjaya ditahan di Semporna, Sabah semalam, kami mendapat satu lagi berita terkini yang cukup melegakan.
Ali, anak kepada seorang kepada penduduk kampung yang dipercayai tali barut kepada pengganas Sulu, Mat Bom, juga berjaya ditahan.
Menurut sumber, tangkapan dibuat di kawasan Felda Sahabat, Lahad Datu. Ali ditahan bersama isterinya.
” Ketika ditangkap, kedua-duanya dalam keadaan terkejut dan tidak sempat bertindak balas,” katanya eksklusif kepada Mynewshub.my di sini hari ini.
Untuk rekod, Mat Bom antara orang kampung yang terawal ditahan oleh pasukan polis kerana dipercayai menjadi dalang mengatur pergerakan pengganas Sulu di sekitar Lahad Datu.
Justeru penahanan Ali yang juga anak lelakinya ‘hidup-hidup’ semalam, merupakan satu lagi kejayaan besar pihak keselamatan negara dalam memburu ‘dalang’ di sebalik pencerobohan pengganas Sulu di Sabah.
Tahniah pasukan keselamatan negara!

KEJADIAN TEMBAK MENEMBAK DI TANJUNG BATU.
Ops Daulat yang dilancarkan pasukan keselamatan di Kampung Tanjung Batu dekat sini membuahkan hasil apabila mereka berjaya menembak mati empat pengganas yang bersembunyi di dalam sebuah rumah semalam.
Pertempuran pada pukul 9.15 pagi itu turut mengakibatkan seorang anggota tentera cedera di paha kanan akibat terkena tembakan musuh. Seorang pengganas turut tercedera dalam kejadian berbalas tembak tersebut.
Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, ketika operasi, pasukan keselamatan telah menjejaki kehadiran dua pengganas Sulu sebelum mereka melarikan diri ke dalam sebuah rumah lalu berlaku pertempuran.
Katanya, ketika bertempur, salah seorang pengganas telah lari ke dalam sebuah rumah lain yang terletak berhampiran sebelum bertindak membakar kediaman berkenaan. Dia berjaya melarikan diri.
"Kita kemudian telah melakukan pemeriksaan di dalam rumah selepas selesai bertempur sebelum menemui empat mayat iaitu dua dewasa dan dua kanak-kanak. Salah seorang dewasa dan kanak-kanak itu merupakan perempuan.
"Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui namun terdapat sedikit bekalan makanan yang disimpan di dalam rumah berkenaan," katanya pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16 di sini, Ahad.
Zulkifeli berkata mayat itu terdiri daripada seorang lelaki dan wanita dewasa serta seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan.

PENGGANAS WANITA KIRAM III DIKEPUNG.
Sekumpulan wanita Sulu yang direkrut menjadi penembak tepat oleh gerombolan pengganas yang diketuai Azzumuddie Kiram yang menceroboh negeri ini sejak 12 Februari lalu, kini dipercayai hidup menderita kerana tiada makanan.

Mereka kini dipercayai hilang arah menyembunyikan diri di dalam hutan selepas Azzumuddie sudah meninggalkan kumpulan tersebut manakala pasukan keselamatan pula giat melancarkan Ops Daulat bagi memburu saki-baki pengganas itu.

Baki pengganas wanita yang bersembunyi kini dipercayai hidup dalam keadaan kusut masai dan badan kurus kerana tiada makanan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya percaya seramai lapan wanita menyertai puak pengganas Sulu dengan seorang daripada wanita itu telah ditembak mati dalam pertempuran pada 1 Mac lalu.

"Memang ada wanita dalam kumpulan pengganas Sulu dan kita sudah menembak seorang daripada pengganas wanita itu," kata beliau pada sidang akhbar di sini kelmarin.

No comments:

Post a Comment