ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: CABAR PAS DAN DAP BUAT SEPERTI INI !!! ADA BERANI ???

Thursday 25 April 2013

CABAR PAS DAN DAP BUAT SEPERTI INI !!! ADA BERANI ???

KENYATAAN AKHBAR
YM TENGKU TAN SRI DATO’ SERI AHMAD RITHAUDDEEN TENGKU ISMAIL
PENGERUSI JAWATANKUASA KHAS LEMBAGA DISIPLIN UMNO


Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin UMNO yang bermesyuarat pada hari ini telah membuat keputusan untuk memecat seramai 61 orang ahli UMNO yang telah bertanding sebagai calon bebas di kawasan pilihanraya Parlimen dan / atau Dewan Undangan Negeri berkuatkuasa serta merta selaras dengan fasal 20.10 Perlembagaan UMNO yang menyatakan mana-mana ahli UMNO yang bertanding sebagai calon bebas akan di pecat daripada parti dan tidak akan diterima keahliannya selama-lamanya. Senarai penuh mereka yang terlibat adalah seperti dilampirkan dengan kenyatan akhbar ini.


Surat-surat pemecatan keahlian yang telah ditandatangani oleh saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin telah dihantar pada hari ini juga untuk dimaklumkan secara rasmi kepada mereka yang terlibat.

Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin UMNO juga akan memanggil 3 orang lagi ahli UMNO dalam minggu ini untuk tunjuk sebab kenapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap mereka kerana menjadi pencadang, penyokong atau gagal menyerahkan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon yang baru lepas. Mereka ini dipanggil di bawah falsal 20.8 Perlembagaan UMNO dibaca bersama perkara 3 Tataetika Ahli UMNO (Gagal mengikut perintah-perintah Parti atau gagal menjalankan dasar-dasar parti).

Lembaga Disiplin UMNO sekali lagi ingin mengingatkan ahli UMNO bahawa Lembaga Disiplin telah bersiap sedia untuk bertindak ke atas mana-mana ahli UMNO yang melakukan kesalahan sabotaj parti di dalam waktu tempoh berkempen Pilihanraya Umum ke -13 ini. Tindakan tegas termasuk pecat dan gantung keahlian akan diambil setelah bukti-bukti dan laporan daripada pemantau yang dilantik diterima dan disiasat secara terperinci.

Kenyataan Akhbar Lembaga Disiplin 22 April 2013 

No comments:

Post a Comment