ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MANA SATU YANG NAK DIIKUT NII ???

Saturday 27 April 2013

MANA SATU YANG NAK DIIKUT NII ???


Semakin ramai ahli-ahli PAS bersetuju dengan kenyataan Datuk Haron Din yang berkata kerajaan PR akan melaksanakan hudud sekiranya berjaya merampas pentadbiran Putrajaya.

Calon Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa pula membayangkan pertukaran hujung minggu sekiranya PR menang PRU13. Cuti hari Ahad akan digantikan dengan hari Jumaat seperti yang diamalkan di Kelantan.

Pada masa yang sama, pemimpin-pemimpin bukan Islam dalam PR masih lagi menentang perlaksanaan hudud walaupun Datuk Haron Din berkata mereka akan menerima hudud.

Dalam kenyataan terbaru, DAP berkata mereka menghormati pendirian PAS namun tidak akan bersetuju kerana hudud tiada dalam manifesto PR.


Pengerusi DAP Karpal Singh semalam mendesak Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendiriannya berhubung isu hukum hudud dan konsep negara Islam yang ingin dilaksanakan Pas, sekutunya dalam pakatan pembangkang.
    
Sebagai calon "perdana menteri" pakatan pembangkang, Anwar perlu menyatakan pendiriannya mengenai isu kontroversi dan kritikal itu, katanya.
     
Katanya hasrat pemimpin Pas untuk melaksanakan hudud dan konsep negara Islam telah menjejaskan persefahaman antara parti dalam pakatan pembangkang dan mengakui dua isu itu akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN).
    
"Beliau (Anwar) perlu nyatakan pendiriannya. Saya fikir rakyat mahu mendengarnya. (Penasihat DAP) Lim Kit Siang dan (Setiausaha Agung DAP) (Lim) Guan Eng telah menyatakan pendirian parti, mereka tidak sokong hudud, mereka tidak sokong negara Islam," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
    
Karpal berkata beliau menyatakan pendirian DAP berhubung isu itu bukan sahaja sebagai pendirian peribadinya tetapi juga bagi pihak parti.
 
Baru-baru ini, Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din berkata parti itu tetap akan melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang diberi mandat memerintah negara kelak.
    
Bagaimanapun kenyataan itu disanggah oleh Karpal yang berkata DAP tetap menentang pembentukan negara Islam yang mengamalkan undang-undang hudud.

MANA SATU YANG NAK DIIKUT NII ???

No comments:

Post a Comment