ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: VIDEO YANG TAK AKAN DIKELUAR DALAM TV PAS !!!

Tuesday 2 April 2013

VIDEO YANG TAK AKAN DIKELUAR DALAM TV PAS !!!





Saksikan Satu Sisi Gelap Kerajaan Pas Kelantan


Seluruh negara tahu bawa Pas Kelantan mendakwa mereka tidak membangunkan ekonomi negeri. Itu tugas kerajaan Pusat kata mereka. Matlamat, hala tuju dan keutamaan Kerajaan Pas Kelantan ialah membangunkan sahsiah, akhlak dan moral rakyat kelantan. Di mana-mana Menteri Besarnya mendakwa kelantan negeri yang moralnya terbaik, serambi mekah. Negeri-negeri di bawah BN gagal membangunkan modal insan biar pun berjaya memabngunkan ekonomi.

Video ini mendedahkan satu sisi gelap kerajaan Pas Kelantan yang mahu mereka sembunyikan. Video ini tidak mendakwa keadaan seperti ini tidak berlaku di negeri lain. Video ini sekadar untuk menyatakan Pas bukan sahaja gagal membangunkan ekonomi negeri setelah lebih 20 tahun memerintah tetapi juga gagal membangunkan modal insan dan akhlak rakyat seperti mana yang mereka dakwa.

(Sila beri perhatian pada minit ke 2 ke atas, terutamanya pada minit ke -4)








No comments:

Post a Comment