ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: APA SUDAH JADI DENGAN PEMUDA PAS & ANGKATAN MUDA KEADILAN ???

Thursday 30 May 2013

APA SUDAH JADI DENGAN PEMUDA PAS & ANGKATAN MUDA KEADILAN ???

VS

Setelah menyatakan pendirian mereka terhadap penghinaan AMK semalam, Pemuda PAS sekali lagi menerima tamparan hebat dari sayap PKR itu.

Kali ini, geng - geng Anak Muda Kecoh tu melabelkan Pemuda PAS sebagai 'Pengecut' dan 'Bacul' kerana enggan turut serta dalam Himpunan 'Blackout' yang dianjurkan Sabtu lalu.

Sekali lagi, kenyataan menghina itu dijawab oleh Ketua Pemuda PAS Gombak dengan menegaskan Pemuda PAS hanya akur dengan arahan pemimpin parti mereka sahaja.

Jelas Ketua Pemuda PAS Gombak itu, PAS sebelum ini telah membuat pendirian untuk menerima keputusan PRU13 yang baru sahaja berakhir dan akan bermuhasabah.

Mereka menolak sebarang tindakan kekerasan dan bantahan yang tidak membawa sebarang keuntungan kepada parti berkaitan dengan keputusan yang telah dibuat oleh SPR.

Ketua Pemuda PAS Gombak itu juga turut mengingatkan PKR dan AMK mengenai peranan Unit Amal PAS dalam beberapa siri perhimpunan yang diadakan sebelum ini.

Tanpa bantuan dari Unit Amal PAS, keselamatan peserta dan ahli - ahli AMK serta dari parti lain sudah tentu tidak terjamin. Itu yang perlu diingat oleh kumpulan Anak Muda Kecoh tu.

Malah, Ketua Pemuda PAS Gombak itu juga turut memberikan contoh dimana petugas - petugas AMK hanya pandai bercakap tetapi tak cukup kekuatan untuk buat kerja.

Ketua Pemuda PAS Gombak itu juga turut memberikan peringatan kepada Anak Muda Kecoh pimpinan Si Sam Ketot tu dengan amaran seperti dibawah:
Kami bukan macai calon-calon PKR yang hanya nampak muka sehari dua dalam keadaan tiada petugas sendiri.
Beliau juga menasihatkan AMK dan ketuanya, jika ada sebarang ketidakpuasan hati, eloklah dibawa ke perbincangan dalaman Pakatan Rakyat bukan di media.
Nah! Jelas Pemuda PAS kini hanya diibaratkan sebagai 'Kuda Tunggangan' oleh puak - puak PKR terutamanya kumpulan Anak Muda Kecoh ni.

Diorang beria - ia la menjadi 'Benteng Manusia', 'Penjaga Maksiat' dan sebagainya kepada PKR, tapi itu balasan yang diorang dapat? Hanya penghinaan?

Tapi malangnya, pemimpin atasan dalam PAS sendiri masih jugak terus tunduk, patuh dan akur dengan segala tindak tanduk PKR ini walaupun dihina dan dicerca sedemikan rupa. Tu pasal la PAS tetap duduk dihujung kaki Pakatan. Setakat jadi alas kaki PKR je!!!

Pemuda PAS Desak Anwar Buat Penjelasan???

Perselisihan yang berlaku antara pemuda PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak beberapa hari lalu memasuki episod baharu hari ini. Ia apabila Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini dengan lantang menuntut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat penjelasan berhubung perjanjian sulit antara ketua pembangkang itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Naib Ketua DPPM, Dr. Raja Ahmad Al-Hiss berkata, Anwar perlu menjelaskan sama ada perjanjian itu benar-benar berlaku dan mengapa beliau menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan pemimpin pembangkang yang lain terutama PAS. “DPPM meminta penjelasan daripada Anwar berhubung wujudnya perjanjian sulit antara beliau dengan Perdana Menteri . Apakah benar pertemuan ini telah berlangsung dan apakah isi kandungan perjanjian itu?. Mengapa pemimpin pakatan yang lain tidak dimaklumkan mengenai pertemuan tersebut?,” desaknya melalui satu kenyataan media hari ini.
Raja Ahmad dalam pada itu berkata, DPPM mengingatkan PKR bahawa PAS menolak sebarang kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) selama ini termasuk mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau pemimpin yang mengadakan perjanjian sulit dengan BN. Malah, katanya, sekiranya ada cadangan pertemuan tersebut PAS akan berbincang dengan pemimpin PKR dan DAP terlebih dahulu serta akan menjadi perbincangan umum. Beliau turut membandingkan kesetiaan DAP dalam pakatan pembangkang kerana parti itu sebelum ini pernah menolak tawaran BN dan terus bersama pakatan pembangkang. “PKR pula berpegang teguh dengan prinsip setiakawan dan kesepakatan dalam pakatan. Hanya penjelasan (daripada Anwar) dapat melegakan keresahan penyokong-penyokong di peringkat akar umbi,” katanya lagi.
Media pada 25 Mei lalu melaporkan bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa Anwar telah memungkiri perjanjian rahsia untuk menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Malaysia yang diuruskan beliau selaku orang tengah antara Perdana Menteri dan ketua pembangkang itu. Jusuf mendedahkan bahawa perjanjian bertulis dibuat antara Najib dan Anwar pada April iaitu bagi menegah daripada melakukan serangan peribadi semasa berkempen dan menerima keputusan pilihan raya 5 Mei seperti yang dicadangkan sendiri oleh Anwar. Menurut Jusuf, Anwar menemui beliau berhubung perjanjian itu dua bulan lepas dan meminta Jusuf menemui lawannya serta mendapatkan komitmen beliau berhubung keputusan pilihan raya yang aman.
Semalam pula dilapurkan hubungan antara pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) mula retak apabila kedua-dua pihak saling menunding jari berikutan kegagalan pakatan pembangkang menawan Putrajaya pada 5 Mei lalu.

Pemimpin PAS Layak DiKritik - AMK

Naib Ketua Pemuda PKR Selangor, Jafrien Muhammad tampil membela ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang dibidas Dewan Pemuda PAS susulan kritikan yang dilontarkan kepada Presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di dalam ucapannya pada Kongres Nasional PKR baru-baru ini.
Dihubungi Antarapos, Jafrien menegaskan kritikan Shamsul menggambarkan bahawa Pemuda PKR (AMK) memandang serius sebarang tindakan yang bertentangan dengan perjanjian yang dipersetujui di kalangan parti-parti komponen Pakatan Rakyat (Pakatan). Sekiranya terdapat mana-mana pihak yang tidak menurut perjanjian yang dimeterai bersama, AMK ujar beliau harus bersuara menyatakan pendiriannya. “Setiap perbincangan setelah selesai daripada keputusan dibuat, maknanya kesemua parti kena akurlah apa keputusan yang telah dilaksanakan. Kalau melanggar itu kita terpaksa mengkritik secara terbukalah. “Dalam kepimpinan pemuda, kita tegas..kalau melanggar apa-apa perjanjian kita terpaksa menegur secara berhemah,” jelasnya yang juga Ketua AMK Gombak.
Shamsul dalam ucapan dasarnya pada Kongres AMK ke-9 Jumaat lalu menyelar Abdul Hadi kerana mencerca calon-calon PKR ketika berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. Ahli Parlimen Bukit Katil itu turut menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap tindakan Abdul Hadi mengeluarkan surat watikah kepada calon PAS di kawasan-kawasan yang telah dipersetujui menjadi kerusi PKR. “Kita mencela tindakan mencerca calon parti rakan tanpa membawa sebarang bukti,” beliau dipetik sebagai berkata. Tindakannya itu telah mengundang perasaan tidak puas hati dikalangan pimpinan pemuda PAS yang menganggap Shamsul tidak layak untuk menegur Abdul Hadi.
Mengulas lanjut, Jafrien menegaskan teguran yang dibuat Shamsul itu berniat baik demi kerjasama di antara PKR dan PAS pada masa hadapan. Mengenai kecaman pemuda PAS yang ditujukan kepada Shamsul, beliau berpendapat ianya pendapat peribadi pemimpin pemuda tersebut dan tidak menggambarkan pendirian pimpinan tertinggi partinya. “Mungkin dia (beri pandangan) individu…bukan parti. Kalau nak kira kenyataan dari parti, bagi saya itu biar pihak atasan selesaikanlah,” katanya.
Menegaskan isu yang dibangkitkan Shamsul itu telah berlaku sebelum pilihan raya lagi, beliau turut menekankan kepentingan budaya tegur menegur di dalam sesuatu kerjasama yang dijalinkan. “Benda ini memang sudah terjadi. Jadi untuk mengukuhkan kami punya pendirian sebagai AMK kita terpaksa mengkritik. “Kita kena tunjukkan bahawa AMK ini tegas dalam segala perjanjian yang dilakukan ataupun perbincangan yang dibuat oleh kepimpinan atasan berhubung pembahagian kerusi itu supaya tak akan berlaku lagi di masa hadapan,” ujar beliau.

No comments:

Post a Comment