ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BENARKAH MALAYSIA NEGARA PALING BAHAYA DI DUNIA ???

Saturday 22 June 2013

BENARKAH MALAYSIA NEGARA PALING BAHAYA DI DUNIA ???


Posting dari salah satu blog pembangkang yang mengatakan Negara Malaysia adalah anrata 10 buah negara paling merbahaya di dunia.
(http://naimnikmat.blogspot.com/2013/06/10-negara-paling-bahaya-untuk.html) 

Tak perlu la nak tengok analisis yang bebagai cuma tengok dengan akal dan sedikit pemikiran yang waras.

SYRIA, SOMALIA, AFGHANISTAN, IRAQ, SUDAN, YAMAEN, PAKISTAN, HAITI, NIGERIA, HONDURAS, BRAZIL, MEXICO,KOREA UTARA, COLOMBIA.

Negera yang disebutkan di atas nak dikategorikan sebagai negara yang paling tak selamat di mana...? di alam semesta???

Kejadian pencacai upahan PAS, DAP dan PKR menjadi-jadi sekarang ini dalam hal membodohkan masyarakat, mereka dihidangkan dengan pelbagai penipuan yang langsung tidak masuk dek akal.

Tapi disebabkan kekurangan pendedahan dan persekitaran mereka ini dibodohkan dengan seterang-terangnya seperti perkara yang dimaksudkan di atas.

Kasihan melihat Pak Aji-Mak Aji yang tidak tahu apa-apa kemudian percaya cerita seperi ini lalu membawanya ke kedai kopi dan rumah kenduri dan diceritakan kepada orang lain... bayangkan dosa yang mereka terima kerana memfitnah yang mereka sendiri tidak sedari kerana tidak memeriksa sumber maklumat yang mereka terima.

Inilah bahana duit.. kerana upah yang tak seberapa mereka sanggup menulis apa sahaja asalkan berita itu boleh membuatkan rakyat percaya yang kerajaan ini zalim dan wajib ditumbangkan.

Akhirnya kerajaan yang cukup baik dan bertanggungjawab dirobohkan dengan harga beberapa sen sahaja yang dimonopoli oleh golongan manusia yang akalnya lebih cerdik dari haiwan jika dibuat perbandingan.

No comments:

Post a Comment