ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HUSAM JADI PRESIDEN PAS - APA PENDAPAT ANDA ???

Friday 21 June 2013

HUSAM JADI PRESIDEN PAS - APA PENDAPAT ANDA ???

Zaid Ibrahim Kempen Husam Jadi Presiden PAS












Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim mula berkempen supaya Datuk Husam Musa dipilih menjadi Presiden Pas menggantikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, masa depan Pas akan lebih cerah sekiranya parti itu dipimpin oleh Husam kerana majoriti penyokong Pas sekarang terdiri daripada golongan muda yang dilihat mengemari kepimpinannya.
“Saya nampak orang-orang muda yang penyokong Pas, masa depannya (Pas) terdiri daripada golongan ini. Saya nampak pemimpin yang mereka minat dan dapat ikut ialah Husam."
“Jadi saya rasa untuk generasi akan datang, pemimpin macam beliaulah yang lebih memikirkan masalah-masalah negara."
“Kumpulan (pemimpin) yang tua-tua atau ulama banyak kepada dosa pahala. Jadi saya rasa pendekatan Pas perlu berbeza. Itu saja,” kata beliau kepada Antarapos setelah diminta mengulas dalam Twitternya pagi tadi.
Beliau sebelum ini menulis ‘Saya fikir masa depan Pakatan bergantung di mana Husam Musa ditempatkan’.



Tak tahu kenapa Zaid Ibrahim sibuk nak promosi Husam. Apakah dia dah berbaik dengan Anwar Ibrahim dan kini mahu promosi Husam? Adakah dia menolong Husam sebagai rakan se Kelantan? Atau dia mahu  kacau daun usaha diam-diam Husam untuk jatuhkan Haji Hadi?

Pada kami, dah tentu-tentu PAS yang dah liberal hingga menghamipiri sesat dan kini nak jadi lebih liberal lagi dengan memilih Husam sebagai Presiden, biarlah liberal betul-betul.

No comments:

Post a Comment