ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SURAT DARI KETUA MENTERI SABAH BUAT NURUL IZZAH..........

Tuesday 4 June 2013

SURAT DARI KETUA MENTERI SABAH BUAT NURUL IZZAH..........

Apa yang membuatkan Nurul izzah meroyan hingga ke hari ini. Sudah tentu peristiwa ngeri buat dirinya apabila dihalau keluar dari sabah. Pemimpin PKR nie memang bila kena batang hidung mereka sudah pasti akan menghebohkan Satu Malaya mengatakan mereka tindas. Itu dah macam SOP dan pihak yang pertama disalahkan sudah tentu BN/UMNO.

Terbaru MKP mendapat surat yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sabah mengenai nama pemimpin pembangkang yang tidak dibenarkan masuk ke Sabah.

Kerajaan Sabah melarang Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar daripada memasuki negeri itu pada Khamis itu kerana kehadiran beliau boleh menjejaskan keselamatan dan keamanan di negeri itu. 
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai masalah dengan tokoh pembangkang untuk memasuki negeri ini seperti yang terbukti menjelang pilihan raya umum baru-baru ini. 
Beliau berkata, Sabah turut mengalu-alukan mereka yang “menghormati masyarakat awam, di mana ada undang-undang dan perintah untuk menegakkan keamanan dan keharmonian.” 
“Bagaimanapun, jika kita mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kehadiran anda di sini akan menimbulkan ancaman kepada apa yang dinikmati oleh Sabah selama ini, anda tidak dialu-alukan di sini,” katanya dalam kenyataan itu. 
“Kami mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa niat Nurul Izzah untuk datang ke Sabah kali ini mungkin tidak seperti tidak bermaksud apa-apa kerana beliau atau rakan-rakan pembangkangnnya akan menjadikan sebegitu,” kata Musa.

No comments:

Post a Comment