ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TAHNIAH TRW - KEKALKAN KEJUARAAN PIALA FA 2013.

Sunday 30 June 2013

TAHNIAH TRW - KEKALKAN KEJUARAAN PIALA FA 2013.


Tahniah! Tahniah! Well done...pada pasukan bola sepak Kelantan yang telah berjaya pertahankan kejuaraan Piala FA bagi tahun 2013. 

Memang Kelantan layak menang malam ini hasil dari prestasi pemain Kelantan yang lebih cemerlang dari JDT. Tahniah sekali lagi dan buat pasukan JDT jangan putus asa kerana masih ada lagi perjuangan perlu diteruskan.

Sesungguhnya pasukan TRW memang kental dan punyai pengalaman di pentas akhir berbanding pasukan JDT yang baru dibentuk . Namun terima jugalah hakikat bahawa kehadiran JDT musim ini telah menghidupkan dan memeriahkan arena bolasepak negara, tahniah TRW dan JDT kerana permainan mantap dan matang .

Kepada TRW dan rakyat Kelantan tahniah diucapkan kerana berjaya pertahankan piala FA untuk kali ke 2. Pada pasukan JDT cuba lagi ye...jangan terlalu bergantung pada player yang ada nama tapi main tak seberapa.




Barisan Pemain:

KELANTAN: Khairul Fahmi Che Mat, Azizi Mat Rose, Obinna Nwaneri, Nik Shahrul Azim Abd Halim, Mohd Daudsu Jamaludin (Farisham Ismail), Mohd Shakir Shaari, Mohd Norfarhan Muhammad, Mohd Badhri Mohd Radzi (kapten), Zairul Fitree Ishak(Indra Putra Mahayuddin), Dickson Nwakaeme, Ahmad Fakri Saarani (Zairo Anuar Zailani).

JOHOR DT: Muhd Al-Hafiz Hamzah, Kamarul Afiq Kamarudin (kapten), Ahmad
Tharmini Saiban, Muhd Nazri Ahmad, Andrezinho (K. Thanaraj), Mohd Nurul Azwan
Roya, Mohd Nazri Ahmad, Safiq Rahim (Ahmad Ezrie Shafizie), Jasazrin Jamaluddin,
Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Safee Sali (Leonel George Nunez).

Pengadil: Syed Azhar Syed Kamar

No comments:

Post a Comment