ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: WASPADA SEJADAH GAMBAR BABI !!!

Friday 14 June 2013

WASPADA SEJADAH GAMBAR BABI !!!


Tersebar meluas gambar sejadah yang jika diperhatikan secara jelas berwajah seekor BABI  di media sosial.

Tujuannya adalah menghina agama Islam kerana sejadah adalah tempat sujud ketika sembahyang . Persoalannya telah berapa lama paparan babi ini telah dikeluarkan dan dah berapa lama umat Islam kita sujud dan mencium babi di tikar sembahyang?

Siapakah dalang disebalik sejadah gambar babi ini ? Adakah ini perbuatan Red bean army ?? Kerana bab nak menghina Islam memang kerja jahat mereka . 

Kebetulan atau satu perancangan rapi untuk menghina Umat Islam?

Corak seakan babi di sejadah ini mula dikesan oleh rakan kita dan mula disebarkan melalui media sosial untuk paparan umum agar sama-sama  dapat berwaspada terhadap produk ini. 

Sangat halus mainan dan agenda puak-puak yang tidak bertanggungjawab sehingga dalam tidak sedar, bukan sahaja mereka masuk dalam kehidupan Umat Islam melalui media elektronik dan media konvensional, malah mereka juga berjaya menembusi doktrinisasi mereka sewaktu kita Umat Islam sedang mengadap Allah SWT. 

Oleh itu, jika ini adalah satu agenda yang disengajakan, kita sangat berharap agar pihak berkuasa terutama JAKIM dan Jabatan-Jabatan Agama agar lebih berwaspada dengan helah mubaligh-mubaligh untuk menyesatkan dan menghina Umat Islam di negara ini.

No comments:

Post a Comment