ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: GEMPAR !!! ERA FAZIRA KEMALANGAN !!!

Tuesday 9 July 2013

GEMPAR !!! ERA FAZIRA KEMALANGAN !!!

Dikhabarkan penyanyi, pelakon dan pengacara popular, Erra Fazira berhadapan detik cemas apabila mengalami kemalangan jalan raya pada Sabtu lalu. Difahamkan, motosikal berkuasa besar yang ditunggang Erra telah terbabas hingga masuk ke bawah lori.

Namun, Erra bernasib baik apabila menerusi status di akaun Twitternya dia memaklumkan hanya mengalami cedera ringan sahaja tetapi motosikalnya dilaporkan mengalami kerosakan teruk.

erra+kemalangan

Ketika kemalangan, Erra dalam perjalanan ke Port Dickson bersama rakan-rakan serta dua lagi selebriti popular yang juga rakan baiknya, Umie Aida dan Linda Onn.

Semoga Erra cepat sembuh dan tidak mengalami trauma akibat dari kejadian itu yea. Berhati-hati ketika memandu, pesan buat semua-Sumber

No comments:

Post a Comment