ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: GURU PEN. KANAN HEM MATI DITEMBAK DI BACHOK, KELANTAN !!!

Monday 8 July 2013

GURU PEN. KANAN HEM MATI DITEMBAK DI BACHOK, KELANTAN !!!


Beris Panchor, Bachok, Kelantan - Guru berusia lebih kurang 40 an ditembak mati berhampiran Sekolah Keb. Beris Panchor, Bachok pada pukul 2.00 Petang.
Pembunuh melepaskan 3 das tembakan ke atas mangsa yang berada didalam kereta Mercedes milik mangsa dan mangsa meninggal di tempat kejadian.

Guru mati ditembak sebaik keluar sekolah
MAKLUMAT MANGSA :
NAMA     :   HASHIM BIN MAT ZAIN
NO K/P    :   700819-03-5365
UMUR     :   43 TAHUN
KERJA    :   GURU PEN. KANAN HEM SEK. KEB BERIS PANCHOR, BACHOK

TEMPAT KEJADIAN : SIMPANG TIGA JALAN BERIS PANCHOR, TAWANG KE KOTA BHARU (BERHAMPIRAN SRK BERIS PANCHOR)
Pada 08/07/2013 jam lebih kurang jam 1.40 ptg, Semasa mangsa keluar dari Sek Ren Keb Beris Panchor, Tawang, Bachok, Kelantan, mangsa telah ditembak oleh suspek yang tidak dikenali. Kereta mangsa telah terbabas ke kiri jalan dan terhenti dihadapan sebuah rumah alamat Lot 1843, Kg. Beris Panchor, Tawang, Bachok, Kelantan. 
Pemeriksaan forensik mendapati 4 das tembakan telah dilepaskan oleh suspek dan 3 mengenai cermin depan, 1 das mengenai cermin pintu hadapan sebelah pemandu.
Manakala pada badan mangsa terdapat 3 das tembakan. 1 anak peluru di percayai .38 telah dijumpai didalam kusyen pemandu.
Siasatan awal mendapati mangsa selain bertugas sebagai guru turut menjalankan pelbagai perniagaan seperti perniagaan balak, shakle( Direct Selling), kontrak kantin sekolah dll .
Mengikut maklumat, mangsa dipercayai mempunyai masalah hutang dari beberapa pihak dan perkara ini sedang dlm siasatan. Mayat mangsa telah di hantar ke Hospital RPZ II Kota Bharu untuk bedah siasat.
REPORT POLIS - 797/13
________________________________________________________________________________________________
Sementara itu, pemilik rumah, Siti Aminah Abdullah, 60, berkata ketika kejadian beliau sedang menunaikan solat Zohor sebelum terdengar beberapa letupan dan dentuman kuat.
    
"Saya kemudian keluar daripada rumah dan mendapati ada sebuah kereta melanggar tiang tangga dan kedengaran seorang lelaki sedang mengerang kesakitan di dalam kenderaan itu," katanya menambah beliau kemudian memanggil jiran untuk membantu lelaki berkenaan.
    
Seorang lagi saksi, Mohamad Idris, 64, berkata ketika kejadian beliau berada di rumahnya yang tidak jauh daripada situ dan mendengar beberapa das tembakan dilepaskan.
    
"Saya bergegas ke bahagian depan rumah dan mendapati sebuah kereta telah melanggar tangga sebuah rumah. Saya hampiri kereta berkenaan dan mendapati seorang lelaki terbujur dekat gear, masih bernyawa.       
      
"Saya kemudian mengajar mangsa mengucap dua kalimah syahadah sebelum melihat mangsa menghembuskan nafas yang terakhir," katanya.
    
Rakan mangsa, Khaziman Osman @ Seman, 43, ketika ditemui di tempat kejadian berkata kali terakhir dia bercakap dengan mangsa ialah pada pagi semalam.
    
"Arwah mengajar subjek muzik. Semalam dia tak banyak cakap. Saya pun tak sempat nak cakap lama dengan arwah. Saya pulang awal semalam dan arwah pulang kemudian," katanya.
    
Usaha Bernama untuk menemu bual anggota keluarga mangsa gagal kerana mereka masih terkejut dan enggan ditemui pemberita.
- Bernama

No comments:

Post a Comment