ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PEMIMPIN PAS SARANKAN UMAT ISLAM MAAFKAN PASANGAN CINA HINA ISLAM !!!

Friday 19 July 2013

PEMIMPIN PAS SARANKAN UMAT ISLAM MAAFKAN PASANGAN CINA HINA ISLAM !!!


Memaafkan pasangan Alvin & Vivian yang menghina umat Islam dan menuduh ini konspirasi UMNO merupakan satu lagi episod kebaculan PAS menggadai maruah agama di bulan Ramadhan 

PAS ternyata lebih merelakan agama Islam dipersenda dan menjadi bahan jenaka puak-puak kafir .

Apakah ini sebuah parti yang konon mempejuangkan Islam ???

Sewajarnya PAS turut sama menyokong desakan pelbagai pihak agar pasangan menghina Islam ini dikenakan tindakan undang-undang tapi sebaliknya mereka terus memaafkan & menyalahkan ia konspirasi UMNO /BN . 
 
Mohamed Hanipa Maidin (gambar) meminta umat Islam memberikan peluang kepada pasangan lucah Alvin Tan dan Vivian Lee untuk menebus kesalahan mereka kerana melakukan provokasi terhadap penganut agama terbesar di negara ini.
Ahli Parlimen Sepang dari PAS itu juga mahu umat Islam bertindak waras dalam memberikan respon terhadap provokasi seumpama ini dan belajar untuk memberikan kemaafan.
"Islam, saya yakin, juga agama rahmah. Di dalam al-Quran juga Allah menyatakan bahawa Allah menulis untuk diriNya rahmah (belas ikhsan)," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS kepada The Malaysian Insider.
"Maka saya berpendapat tidak salah bagi umat Islam untuk menerima kemaafan pasangan itu dan memberi mereka peluang untuk tidak lagi mengulangi perbuatan biadap mereka itu," katanya. ................. Beliau percaya mereka sudah cukup terseksa dengan luahan kemarahan umat Islam di negara ini. Itu sudah cukup, baginya menjadi hukuman perit ke atas mereka. 
"Saya rasa ugutan bunuh ke atas mereka, jika benar berlaku, bukan anjuran Islam. 
"Namun saya rasa tidak perlu mereka didakwa di bawah Akta Hasutan kerana Akta itu sendiri sudah banyak menzalimi rakyat negara ini," katanya. 
Jika mereka didakwa di bawah Akta Hasutan kerana menghina Islam tidakkah pasangan remaja ini juga akan merasa bahawa ada diskriminasi dan ketidakadilan ke atas mereka, soalnya. 
Ini kerana orang Islam yang ingin bakar Bible dan menghina anutan orang Hindu tidak didakwa sehingga kini. 
"Adakah ini keadilan? Tidak malukah kita kepada orang bukan Islam apabila kita sendiri gagal bersikap adil?
Aiman Athirah Al Jundi
Ketua Penerangan
Dewan Muslimat PAS Pusat

RESPON TERHADAP ISU PASANGAN KEKASIH HINA ISLAM

1. Ia adalah satu jenaka yg agak biadab terhadap ummat Islam dan Islam itu sendiri. Tidak wajar dilakukan dan pasangan ini wajib meminta maaf secara terbuka kepada seluruh ummat Islam. Merekaperlu disedarkan bahawa ianya melanggar sensitiviti agama dan mereka wajar dibimbing agar faham dan tidak berterusan melakukan kesilapan ini.

2. Walau bagamanapun…dlm bersempena bulan Ramadhan Al Mubarak yang sinonim sebagai bulan kasih sayang,bulan kemaafan dan keampunan, adalah wajar kita menangani dan mendepani isu-isu seumpama ini dengan jujur, hikmah dalam berdakwah hatta bersifat pemaaf. Jgn bakar kemarahan kita dan menidakkan kemaafan walaupun yg mlakukn kesalahan adalah daripada mereka yang bukan beragama Islam. Seerah perjuangn Nabi SAW banyak menunjukkan suri teladan tika berhadapan situasi seperti ini. Ia perlu dihadapi secara dakwah, bukannya hukuman kejian kutukan dan celaan. Biasalah mereka tidak atau kurang faham. Maka tugas kita dakwahlah sehingga mereka faham dan berubah.

3. Adalah tidak wajar bila ada pihak yg dilihat sengaja menghangatkan isu ini dan menaikkan kemarahan ummat Islam secara tidak bertanggungjawab. Terus mengapi-apikan semangat permusuhan dan ketegangan agama dan kaum hanya kerana tindakan seorg dua orang bukan Islam yg tidak sensitif dan kurang bijak adalah satu tindakn tidak bertanggungjawab dan merendahkan diri kita sendiri sebagai orang mukmin yang bijak dan pemaaf. Hatta merendahkan kemuliaan bulan kemaafan dan keampunan ini.

4. Jangan lepaskn peluang kita berdakwah terhadap orang bukan Islam hanya kerana kesombongan kita atas keIslaman kita lantas semudahnya memandang orang lain sebagai rendah. Islam bukan agama yg sombong. Islam itu rahmat kpd sekalian alam.

5. Justeru, semua pihak harus menghentikan polemik kebencian ini. Pasangan yang bersalah juga wajib segera sedar insaf dan memohon maaf.

6. Saya juga secara jelas melihat betapa isu ini telah diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu sebagai satu cara untuk menang dlm PRK N01 Kuala Besut. Menakut-nakutkan ummat Islam dengan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat. Seterusnya menjadikan sbg faktor utama melegitimasikn pindaan terhadap Akta Multimedia yang hakikatnya bertujuan menyekat kebebasan rakyat daripada mendapat maklumat daripada sumber lain selain daripada media milik proksi umno bn.

7. Ia adalah suatu tindakan yang sangat berniat jahat dan dilakukan secara terancang fasa demi fasa. Rakyat mesti menolak propaganda n modus operandi yang jahat ini dgn berhenti daripada menjadi mangsa adu domba dan fitnah jahat regim diktator BN. Enough is enough to BN!


Walaupun kes ini sudah diputuskan oleh mahkamah yang mana pasangan seks terbabit telah dijatuhkan penjara tanpa jaminan buat masa ini namun cerita ini masih terus berkisar dengan sokongan dari DAP dan yang agak mengejutkan juga dari PAS sendiri. Adakah PAS sudah takut akan kehilangan undi dari puak-puak Cina ini??


Sama-samalah kita berfikir dan merenung dengan lebih jauh. Apa sebenarnya yang dicari oleh PAS sehingga sanggup bersekongkol dengan DAP untuk mempertahankan pelaku penghina agama Islam ini?? 

No comments:

Post a Comment