ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KEJADIAN BUNUH BERSENJATAKAN PISTOL SEPANJANG TAHUN 2013.

Saturday 3 August 2013

KEJADIAN BUNUH BERSENJATAKAN PISTOL SEPANJANG TAHUN 2013.


Antara kejadian jenayah berat bagi tahun 2013

4 Februari 2013
IPOH – Lebih 50 tetamu yang menghadiri jamuan bagi meraikan kemasukan dalam rumah baru gempar apabila tuan rumah rebah selepas terkena satu das tembakan di kepala ketika sedang melayan tetamu.

1 April 2013
KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang penyelenggara lif yang dipercayai terlibat dalam kejadian tembak dan tetak seorang lelaki di Taman Seri Timah, Balakong, Kajang.

4 April 2012
KOTA BHARU - Polis menahan tiga beradik serta empat yang lain berhubung kejadian tembak yang menyebabkan kematian seorang pemuda di Rantau Panjang, Pasir Mas.

26 April 2013
IPOH - Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan polis supaya menyegerakan siasatan dan usaha memberkas penjenayah yang menembak mati Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim.

7 Mei 2013
SHAH ALAM – Polis masih mencari seorang lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian tembak di sebuah kedai cuci kereta di Kampung Keliang, Kalumpang, Hulu Selangor.

14 Mei 2012
SEREMBAN – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan terhadap kes dua lelaki ditembak mati dalam satu serangan di Jalan Datuk Bandar Tunggal.

20 Mei 2013
KOTA BHARU - Polis Kelantan sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai boleh membantu siasatan kes tembak seorang buruh di Kampung Gong Batu, Tawang, Bachok pada 16 Mei lalu.

26 Mei 2013
KOTA BHARU - Suspek kes tembak peraih ikan yang baru selesai menunaikan solat Isyak berjemaah di Masjid Nurul Anuar, Mukim Dalam Rhu, Pasir Putih telah dikenal pasti.

28 Mei 2013
NILAI – Seorang lelaki cedera parah akibat ditembak dari belakang oleh individu yang tidak dikenali di Jalan Melati, Nilai.

28 Mei 2013
KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu kini melancarkan gerakan mengesan empat lelaki termasuk pasangan adik-beradik yang dipercayai dapat membantu dalam kes menetak, mengikat dan menembak seorang pekerja kontrak Petronas di Dungun pada 16 Mei lepas.

6 Julai 2013
GEORGETOWN - Polis Pulau Pinang meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian seorang lelaki ditembak mati di sebuah medan selera di Jalan Relau di sini, supaya tampil membantu polis menjejak dua suspek terbabit.

7 Julai 2013
KOTA BHARU - Polis Kelantan mengesan sekurang-kurangnya tiga kumpulan besar pengedaran dadah dan curi kereta yang bersengketa sesama mereka sehingga menyebabkan 5 kes tembakan di negeri ini.

9 Julai 2013
KOTA BHARU - Polis tidak menolak kemungkinan pembunuhan seorang guru Sekolah Kebangsaan Beris Panchor yang ditembak , melibatkan pembunuh upahan, serta bermotifkan dendam.

13 Julai 2013
GEORGETOWN - Lain yang disasar lain pula yang menjadi mangsa. Itu yang berlaku dalam satu kejadian di Pangsapuri Golf View Bukit Jambul di sini apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun menjadi mangsa selepas ditembak seorang lelaki ketika dia menemani bapanya berjumpa rakan di bawah pangsapuri berkenaan. 

19 Julai 2013
KULIM 18 Julai - Tidak sampai dua minggu selepas seorang guru penolong kanan mati ditembak di Bachok, Kelantan, seorang lagi guru menerima nasib sama selepas ditembak dua lelaki di Simpang Empat Keladi.

20 Julai 2013
SELINSING - Misteri penemuan sebuah kereta mencurigakan di bahu jalan oleh sepasukan polis akhirnya terjawab apabila seorang lelaki ditemui mati dipercayai ditembak dalam kejadian bunuh di Jalan Gula, Simpat Empat Semanggol.

20 Julai 2013
PUCHONG - Seorang peniaga kosmetik berusia 38 tahun cedera di lengan dipercayai akibat ditembak dua lelaki yang memecah masuk rumahnya.

25 Julai 2013
KLUANG - Seorang lelaki berusia 46 tahun cedera parah setelah ditembak yang terkena di bahagian badannya dalam kejadian di kawasan tempat letak kereta Taman Rekreasi Gunung Lambak.

27 Julai 2013
TEMERLOH - Seorang pemandu lori Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Temerloh cedera di lengan selepas ditembak ketika dalam perjalanan ke Jerantut, kira-kira jam 3.30 petang.



No comments:

Post a Comment