ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BERSEDIAKAH KITA MENGHADAPI SAKRATUL MAUT ???

Thursday 26 September 2013

BERSEDIAKAH KITA MENGHADAPI SAKRATUL MAUT ???


Bagi mereka yag masih lalai dan merasakan bahawa ajal itu masih jauh dan boleh bersenang dan bersuka ria... liha dan fahamilah amaran Allah seperti di bawah:

..” Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): "Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?" - ayat 112

“..Mereka menjawab: "Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung. Ayat 113

"..Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia)”. – ayat 114

[ayat 112- 114 surah Al-Mu'minun]


Tersebut di dalam Hadis IAITU lima perkara racun yang membunuh dan lima perkara penawar sebagai ubatnya:

a. Dunia itu racunnya dan zahid itu ubatnya.

b. Harta itu racunnya dan zakat itu ubatnya.

c. Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikir Allah itu ubatnya.

d. Seluruh umur itu racunnya dan taat itu ubatnya.

e. Seluruh tahun itu racunnya dan Ramadan itu ubatnya.

Sabda Nabi S.A.W.: Akan datang kasih mereka lima perkara dan lupa mereka lima perkara:

a. Kasih mereka kepada hidup — lupa mereka kepada mati.

b. Kasih mereka kepada harta — lupa mereka kepada hisab.

c. Kasih mereka kepada mahligai — lupa mereka kepada kubur.

d. Kasih mereka kepada dunia — lupa mereka kepada akhirat.

e. Kasih mereka kepada makhluk — lupa mereka kepada Allah.

Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepada lima bahagi.

a. hartanya untuk warisnya.

b. nyawanya untuk Malaikal Maut.

c. dagingnya untuk ulat-ulat.

d. tulangnya untuk tanah.

e. amalan dan kebajikannya untuk orang yang dianayainya.

Apabila bercerailah nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari langit tiga kali:

a. Hai anak Adam, adakah engkau tinggal dunia atau dunia tinggalkan engkau?

b. Hai anak Adam, adakah engkau himpun dunia atau dunia himpunkan engkau?

c. Hai anak Adam, adakah engkau bunuh dunia atau dunia bunuhkan engkau?

Apabila dihantar ke tempat mandi berserulah suara dari langit tiga kali:

a. Hai anak Adam, di manakah badan engkau yang kuat mengapa jadi lemah?

b. Hai anak Adam, di manakah lidah engkau yang petah bercakap mengapa diam?

c. Hai anak adam di manakah kekasih engkau mengapakah jadi mulia rakan engkau?

Apabila dibawa ke atas kain kapan maka menyerjah suara dari langit tiga kali:

a. Hai anak Adam, engkau berjalan kepada perjalanan yang jauh dengan tidak berbekal?

b. Hai anak Adam, engkau keluar dari rumah tiada akan engkau kembali selama-lamanya?

c. Hai anak Adam, engkau tinggal segala kenderaan maka tiada engkau kenderai selama-lamanya? dan

d. engkau berpindah kepada negeri yang huru hara!


Apabila mayat dibawa di atas perusung (keranda) maka menyerulah suara dari langit tiga kali:

a. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat.

b. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika amal mu baik.

c. Hai anak Adam amat beruntuglah (bahagialah) kamu jika sahabat mu dalam keredaan Allah — dan amat rugilah (celakalah) kamu jika sahabat mu orang yang dimurkai Allah.

Apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan maka menyerulah suara dari langit tiga kali:

a. Wahai anak Adam segala amal mu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat.

b. Wahai anak Adam, jika amal mu itu baik kamu akan lihat baik.

c. Wahai anak Adam, jika amal mu itu buruk maka kamu kan lihat buruk.

Imam Annas bin Malik Radziyallah Anhu berkata, bahawa bumi setiap hari berkata:

a. Wahai anak Adam, kamu berjalan di atas ku, kamu akan kembali ke dalam perut ku (kubur).

b. Hai anak Adam, kamu berbuat maksiat dan dosa di atas ku, dan kamu akan disiksa di dalam perut ku (kubur).

c. Kamu bergurau di atas ku, dan kamu akan menangis di dalam perut ku (kubur).

No comments:

Post a Comment