ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: GOLONGAN ULAMA SEWAJARNYA MENERAJUI KEPIMPINAN PAS !!!

Wednesday 25 September 2013

GOLONGAN ULAMA SEWAJARNYA MENERAJUI KEPIMPINAN PAS !!!


Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP), Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali At-Takiri membidas segelintir pihak termasuk ahli PAS yang mengkritik resolusi Multaqa Ulama Se-Malaysia pada 14 September lalu.
Beliau berkata, resolusi itu yang mencadangkan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS daripada kalangan ulama yang memahami dan mengerti tentang Islam serta realiti semasa satu perkara yang wajar.
“Cadangan ini dilontarkan kerana perlembagaan PAS tidak meletakkan syarat itu sebagai syarat wajib maka ia terbuka untuk menjadi syarat nilai tambah kepada kelayakan berasaskan Islam.
“Seorang individu yang alim tetapi tidak memiliki sifat-sifat kepimpinanlain seperti beriman, bertaqwa, bijak dan amanah sewajarnya tidak diberikan amanah kepimpinan.
“Sikap memperbodohkan pandangan dan resolusi yang dibuat oleh ulama ini bukan sebahagian daripada akhlak Islam kerana ia gambaran keegoan dan keangkuhan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Mohd. Khairuddin berkata, cadangan supaya mempunyai ilmu dan faqih agama menjadi kelayakan pemimpin utama PAS bukan cadangan mengundur ke belakang kerana ia selari dengan ajaran Islam.
Justeru, katanya, tidak ada sebab untuk ahli PAS yang tidak mempunyai ilmu mendalam tentang Islam terasa dipinggirkan sekiranya mereka memahami fungsi dan matlamat perjuangan parti itu.
“Ia sepatutnya menjadi cabaran kepada setiap ahli-ahli gerakan Islam untuk berusaha menambahkan ilmu tentang Islam untuk melayakkan mereka menjadi pemimpin PAS,” katanya lagi.
Media pada 14 September lalu melaporkan Multaqa Ulama Se-Malaysia mencapai beberapa resolusi termasuk mencadangkan supaya tahaluf siyasi antara PAS bersama sekutu mereka dalam pakatan pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) disemak semula.
Multaqa Ulama Se-Malaysia berkenaan turut menerima saranan daripada wakil-wakil perbahasan untuk menegaskan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS sewajarnya daripada kalangan ulama yang memahami dan mengerti tentang Islam serta realiti semasa. 
– mynewshub.my

No comments:

Post a Comment