ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TRAGIS !!! BUDAK 2 TAHUN MAUT DILANGGAR KERETA MENGUNDUR.

Thursday 12 September 2013

TRAGIS !!! BUDAK 2 TAHUN MAUT DILANGGAR KERETA MENGUNDUR.


Parit Buntar: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dilanggar kereta mengundur selepas enjinnya dihidupkan abangnya berusia empat tahun di rumah mereka di Taman Kerian di sini, semalam. 

Dalam kejadian menyayat hati itu, Mohd Adam Mohd Ali dikatakan sedang mengambil seliparnya sebelum abangnya, Aiman Yasin yang melihat kunci kereta terus menghidupkan enjinnya dan dipercayai tertolak gear mengundur mengakibatkan kenderaan itu melanggar mangsa dan dinding rumah.

Bapa mangsa, Mohd Ali Hussin, 53, berkata, dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, dia baru pulang menghantar isterinya berniaga di Alor Pongsu sebelum pulang ke rumah untuk menghantar anak perempuannya ke sekolah.

Katanya, setiba di rumah, dia masuk ke dalam rumah sebentar untuk mengambil barang sebelum terdengar bunyi bising mangsa dan abangnya di luar rumah.

“Saya segera keluar dan melihat Aiman Yasin bermain di tempat duduk pemandu dan cuba menghidupkan enjin manakala Mohd Adam sedang berada di belakang kereta untuk memakai selipar."

“Saya cuba menahan Aiman Yassin tetapi sudah terlambat. Kejadian berlaku terlalu pantas,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Mohd Ali berkata, sebaik kereta itu mengundur, dia terdengar bunyi jeritan kesakitan diselangi jeritan anak perempuannya mengatakan adiknya dilanggar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kematian mengejut.

Bernama

No comments:

Post a Comment