ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: "OP WARTA" BURU PEMANDU BAS & PEMANDU TEKSI !!!

Sunday 6 October 2013

"OP WARTA" BURU PEMANDU BAS & PEMANDU TEKSI !!!


IPOH – Seorang pemandu bas tidak menyedari dia mempunyai tujuh saman atas kesalahan memandu bas melebihi had laju sejak dua tahun lalu dan satu waran tangkap.

Lelaki berusia 57 tahun itu diperiksa selepas menurunkan penumpang dari Kuala Lumpur di Terminal Amanjaya dalam Op Warta yang dijalankan bersama dua pegawai dan 10 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, malam kelmarin.

Lelaki terbabit turut memberi alasan dia sudah menjelaskan saman-saman terdahulu melalui ‘orang tengah’.

Ketua Operasi, Asisten Superintendan Roslan Mohamed@Ab Aziz berkata, seramai 24 pemandu bas dan 23 pemandu teksi diperiksa dalam operasi tersebut.

“Seramai 45 pemandu yang diperiksa, didapati mereka mempunyai 30 saman dan enam waran tangkap. Namun, tiada yang ditahan dalam operasi ini berikutan waran berkenaan di luar kawasan seperti Taiping, Sungkai dan sebagainya,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, Op Warta akan dilaksanakan secara berterusan bagi mencari pemandu yang masih ‘liat’ menjelaskan saman.

“Waran tersebut dikeluarkan kepada pemandu pengangkutan awam meliputi bas ekspres, teksi dan bas henti-henti yang mempunyai rekod kesalahan melebihi lima tahun.

“Antara kesalahan tertinggi yang biasa dilakukan pemandu adalah memandu melebihi had laju. Oleh itu, Op Warta dijalankan bagi menjejak mereka di terminal bas seluruh daerah,” katanya.

SH

No comments:

Post a Comment