ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TERKINI: KEJADIAN TANAH RUNTUH DI CAMERON HIGHLANDS !!!

Wednesday 23 October 2013

TERKINI: KEJADIAN TANAH RUNTUH DI CAMERON HIGHLANDS !!!

CAMERON HIGHLANDS: KUANTAN - Tiga termasuk dua warga asing maut selepas kawasan sekitar penempatan mereka dilanda banjir lumpur secara mengejut akibat limpahan air Sungai Bertam ekoran pelepasan air dari sebuah empangan di Ringlet, Cameron Highlands awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, seorang wanita warga Indonesia berusia 17 tahun yang masih belum dikenal pasti identitinya hilang dipercayai dihanyutkan air atau tertimbus lumpur.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Wan Zahari Wan Busu berkata, mayat warga Bangladesh dikenali sebagai Jahangir, 30-an ditemui di kawasan rumahnya kira-kira jam 8 pagi manakala mangsa kedua, wanita Indonesia dikenali sebagai Kasmet, 46 ditemui pasukan penyelamat kira-kira 15 minit kemudian.
Menurutnya, mayat kedua-dua pekerja kebun sayur itu ditemui dalam keadaan berlumpur dipercayai lemas akibat terperangkap dalam rumah mereka yang ditenggelami air lumpur.
“Seorang warga tempatan, Tam Tuck Choi, 51, dari Bertam Valley meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital selepas terkena serangan jantung akibat terkejut melihat kejadian banjir kilat yang berlaku secara mengejut itu.
“Manakala seorang lelaki, Khoo Kim Wang, 38, terselamat namun terpaksa dihantar ke Hospital Ipoh menerima rawatan selepas mengalami kecederaan akibat terkena kaca ketika cuba menyelamatkan diri,”katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Wan Zahari berkata, bencana yang melibatkan tiga kematian itu turut merosakkan 80 rumah penduduk dan 100 kenderaan.
“Kejadian banjir kilat itu dipercayai bermula apabila hujan lebat kira-kira jam 7 malam semalam hingga awal pagi semalam menyebabkan takungan air di Empangan Sultan Abu Bakar itu mula melimpah.
“Susulan itu, takungan terpaksa dilepaskan bagi mengelak tekanan yang boleh menyebabkan kejadian empangan pecah,” katanya.
Beliau berkata, air dilepaskan kali pertama kira-kira jam 12 tengah malam bagaimanapun ketika itu tiada sebarang masalah timbul sehinggalah pelepasan air kali kedua dan ketiga.
Menurutnya, pelapasan air jam 1 dan 2.45 pagi itu menyebabkan Sungai Bertam mula melimpah dan berlaku banjir kilat secara mengejut.
“Susulan kejadian seramai 222 anggota penyelamat dari pelbagai agensi dikerahkan menjalankan operasi mencari dan menyelamatkan mangsa terlibat.
“Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang masih diteruskan,” katanya.
Wan Zahari berkata, mayat mangsa yang terkorban dihantar ke Hospital Cameron Highlands untuk bedah siasat manakala 46 orang daripada 10 keluarga terjejas ditempatkan di Dewan Ringlet,” katanya.
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan melibatkan seramai 28 orang petugas...

No comments:

Post a Comment