ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KISAH MISTERI BUDAK HILANG DI #VillaNabila

Monday 18 November 2013

KISAH MISTERI BUDAK HILANG DI #VillaNabila


Kisah yang dikatakan benar dan seram tentang Villa Nabila apabila 23 orang hilang 7 selamat lebih kurang jam 3.30 pg tadi 18 Nov 2013 benar-benar mengemparkan Malaysia khususnya rakyat Johor, pagi ini.

Pelbagai spekulasi dan berita telah tersiar di laman-laman sosial sehingga menimbulkan bermacam-macan tanda tanya.

Mengikut maklumat terbaru, segala berita yang tersebar tidak benar. Pihak polis menafikan dakwaan 23 orang hilang manakala 7 terselamat. 

Hakikatnya pihak polis hanya menerima satu laporan sahaja mengenai seorang remaja lelaki hilang. Remaja yang hilang dikenali sebagai Mohd Izzat Izzudin Hussin yang berusia 16 tahun.

Ibu mangsa mengatakan kali terakhir dia melihat anaknya masuk ke perkarangan Villa Nabila yang telah terbiar lama ini tetapi tidak diketahui dengan siapa.

Namun berita 23 orang hilang disahkan palsu oleh wartawan program 999 @Hazrey (Twitter) yang berada di lokasi. Banyak khabar angin dan tokok tambah dari cerita versi asal. Yang hilang hanya seorang budak lelaki sahaja. Ibu mangsa mengatakan kali terakhir dia melihat anaknya masuk ke perkarangan Villa Nabila yang telah terbiar lama ini tetapi tidak diketahui dengan siapa.

UPDATE 3.27 PM

Polis Sahkan Berita 23 Remaja Hilang Di Villa Nabila Palsu

Kecoh dilaman sosial apabila 23 orang dilaporkan hilang daripada jumlah 30 orang. Manakala 7 lagi terselamat setelah memasuki Villa Nabila. Hakikatnya, pihak polis menerima satu saja laporan polis mengenai seorang remaja yang disahkan hilang di lokasi tersebut.

Sejak pagi lagi Villa Nabila dipenuhi oleh orang ramai berikutan tersebarkan khabar angin 23 remaja hilang di villa tersebut.

Timbalan Ketua Polis Johor Bahru Selatan yang Yang Telah Admin Jumpa tadi . Supritendan Abdul Samad Salleh berkata , remaja berasal daripada Majidie itu dilaporkan keluar daripada rumah sejak kelmarin dan tidak pulang sehingga kini,

Ibu remaja berkenaan ada menghubungi rakan anaknya dan dimaklumkan remaja itu telah memasuki Villa Nabila. Usaha mencari remaja itu masih di jalankan di Villa Nabila berkenaan dan sama ada mangsa masuk dan hilang di dalamnya masih dalam siasatan polis.

Selanjutnya ikuti video sidang akhbar bersama pihak Polis berkaitan isu ini.



Credit : GP
villa 2 dijumpaivilla 3villa 4villa 5villa 6

No comments:

Post a Comment