ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MAHFUZ OMAR PERTAHANKAN HAK KRISTIAN GUNA KALIMAH ALLAH !!!

Wednesday 13 November 2013

MAHFUZ OMAR PERTAHANKAN HAK KRISTIAN GUNA KALIMAH ALLAH !!!

Keputusan rasmi isu agama Kristian guna kalimah Allah pada 14 Oktober 2013. Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguannya The Herald. Keputusan itu dibuat tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali. Panel tiga hakim itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

TAK sangka, ingatkan kes berkenaan kalimah Allah ini dah selesai dan tutup buku setelah Keputusan rasmi makhamah rayuan tidak membenarkan agama Kristian menggunakan Kalimah Allah pada 14 Oktober 2013, namun segalanya hanyalah angan-angan apabila pihak kristian dari kalangan pemimpin pakatan haram masih terus-terusan membawa isu ini kemana sahaja waima dalam Dewan Rakyat sekalipun.

Di dalam Dewan Rakyat sebentar tadi, Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena bangkit membawa isu ini dengan menyatakan pendirian bahawa agama kristian boleh menggunakan kalimah Allah. Walaupun satu dunia telah tahu mengikut dari keputusan mahkamah yang dibuat bahawa kalimah Allah adalah hak umat Islam, namun Mahfuz seolah cuba meraih sokongan dalam Muktamar PAS tidak lama lagi dengan membawa isu ini.

Apabila ada orang Melayu Islam yang turut menyokong dan mempertahankan kalimah Allah digunakan oleh kristian, sudah tentulah ada pemimpin Cina yang bertepuk tangan. Kita dapat lihat bukti Ahli Parlimen Kulai yang juga Penolong Setiausaha Publisiti DAP melalui akaun twitternya BERTEPUK TANGAN dengan tindakan bodoh seorang Melayu bernama Mahfuz.

Kasihan lihat Melayu yang berada dalam PAS hanya terpaksa menjadi pak sanggup dan pak turut dalam segala tindakan yang boleh merugikan parti mereka namun menguntungkan parti DAP.

"Dalam Dewan Rakyat, MP Pokok Sena (PAS) sedang mempertahankan hak kristian untuk gunakan perkataan Allah. Tepuk...tepuk...tepuk...." 
Teo Nie Ching - Ahli Parlimen DAP Kulai 
 Kesimpulannya apa ?

Kesimpulannya adalah...DAP mengesahkan Pas adalah tukang salak mereka....

No comments:

Post a Comment