ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SUSPEK KES SAMUN MAUT DALAM KEMALANGAN NGERI !!!

Thursday 28 November 2013

SUSPEK KES SAMUN MAUT DALAM KEMALANGAN NGERI !!!



Satu kejadian samun telah berlaku pada 27/11/2013 @ 12.30pm di tepi jalan Kg Temin , Sungai Siput, Perak. 

Suspek merupakan 3 Lelaki Melayu telah menyamun seorang perempuan Melayu yang baru selesai mengutip duit amanah ikhtiar. Mangsa yang sedang memandu kereta proton saga BLM putih telah dihimpit kereta proton Wira yang dipandu suspek menyebabkan kereta mangsa berhenti.

Dua daripada Suspek yang berparang telah menyamun dan melarikan kereta mangsa setelah mangsa berjaya keluar dari kereta miliknya yang dirampas suspek. 


Kereta mangsa yang dilarikan suspek yang dinaiki 2 lelaki tadi kemudian telah bertembung dengan sebuah lori di selekoh kubur Kg Temin . Akibat kemalangan itu seorang suspek mati di tempat kejadian . Seorang lagi mati di hospital kerana cedera parah manakala rakan suspek yang memandu kereta proton Wira menghilangkan diri. 



MAHA SUCI ALLAH !!!
ALLAH bayar cash dalam kejadian ini. 

Jadikan ini renungan bersama.

No comments:

Post a Comment