ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: VIDEO SADIS !!! PENIAGA WANITA PENGSAN TERKEJUT DENGAN TINDAKAN YANG DIBUAT MPSP !!!

Thursday 28 November 2013

VIDEO SADIS !!! PENIAGA WANITA PENGSAN TERKEJUT DENGAN TINDAKAN YANG DIBUAT MPSP !!!


Percaya atau tidak, INILAH REALITI yang terpaksa kita TELAN walaupun pahit. Saya pun tak tahu di mana silap dan puncanya.

Pendedahan video ini dari SAHANAT BLOGGER sebenarnya bukan isu baru dalam penguatkuasaan undang-undang oleh pihak PBT. Nak salahkan pegawai-pegawai ini pun tidak adil sepenuhnya kerana mereka terikat kepada "SAYA YANG MENURUT PERINTAH".

Bukan setakat di Penang, tetapi saya percaya hampir di seluruh negara. Pergilah lihat di bandar-bandar atau pekan yang majoritinya Cina sebagai pengusaha utama di kawasan tersebut. Habis jalan-jalan dan kawasan letak kereta dipenuhi meja-meja makan atau gerai-gerai jualan oleh peniaga-peniaga "TANPA SEBARANG TINDAKAN". Rasanya tak perlulah saya nak zoom satu-satu gambar atau kawasan yang berkaitan, rasanya perkara ini dah "TERANG LAGI BERSULUH".

Berbalik kepada posting ini, saya amat yakin dan percaya bahawa Guan Eng dan Jeff Ooi "kucing kurap" yang biadap sudah tentu tersenyum lebar melihat drama ini. Penguatkuasa melayu yang menurut arahan ini hanya menjalankan tugas merampas barangan peniaga yang dikatakan berniaga di kaki lima serta dikatakan tiada lesen.

Insiden ini berlaku baru baru ini di bandar Perda, Bukit Mertajam Pulau Pinang dimana pihak penguatkuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah bertindak dengan mengambil tindakan terhadap peniaga terbabit. Insiden ini menyebabkan peniaga wanita tersebut terus pitam kemungkinan akibat tertekan dan panik dengan yang diambil tersebut.

Seperti video dibawah, peniaga tersebut mempertikai mengapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan yang sama terhadap penjaja kaum cina yg turut melakukan kesalahan serupa seperti di Jalan Raja Uda (Parlimen Guan Eng, Bagan) dan Pekan Lama Bukit Mertajam.

Anda sudaj tentu tahu jawapannya kan?

No comments:

Post a Comment