ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: October 2013

Thursday 31 October 2013

KENYATAAN HIDUP DI SEBALIK PERMAINAN INI !!!



Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya da kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.

Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan.

Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. 

"Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.

"Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah dengan tangan tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir. Namun tiada yang mahu mecuba.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet . "Murid-murid,begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. .. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat."

"Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda."

"Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan fikiran masing-masing di kepalanya...


Renungilah cerita ini demi kebaikan bersama.

ROMPAK & ROGOL : RAMBO BENTONG TUKAR PENGAKUAN !!!


RAUB - Rambo Bentong yang sedang menjalani hukuman penjara berjumlah 133 tahun selain 50 sebatan atas kesalahan rogol, seks luar tabii serta cubaan membunuh anggota polis, hari ini menukar pengakuan kepada tidak bersalah bagi satu pertuduhan merompak dan dua pertuduhan merogol isteri orang di Mahkamah Sesyen di sini.

Rabidin Satir, 42, sebelum ini mengaku bersalah ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di depan Hakim Shahrizat Ismail pada 7 Oktober lepas.

Hari ini, mahkamah sepatutnya mendengar fakta kes serta rayuan tertuduh sebelum menjatuhkan hukuman.

Shahrizat menetapkan 28 Nov ini untuk sebutan semula kes.

Bagi pertuduhan pertama, Rabidin, dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah didakwa melakukan rompakan sehingga menyebabkan seorang wanita berusia 28 tahun cedera di perumahan Perhutanan Bentong antara 3.50 pagi hingga 4.30 pagi pada 3 November 2012 mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol wanita berkenaan di depan suaminya di tempat dan pada waktu sama manakala pertuduhan ketiga menyebut Rabidin merogol mangsa sekali lagi sehingga meletakkan wanita itu dalam ketakutan serta boleh menyebabkan kematian.

Bagi kedua-dua kesalahan ini, Rabidin didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Atiqah Liyana Syahril.

Sebelum ini, Mahkamah Sesyen Raub menjatuhkan hukuman penjara 133 tahun dan 50 sebatan ke atas Rabidin yang mengaku melakukan empat kesalahan merogol, satu kes liwat dan cubaan membunuh seorang anggota polis antara 2009 dan 2011.

Dia juga ketika ini sedang dibicara Mahkamah Tinggi Temerloh atas pertuduhan membunuh seorang remaja, Annie Kok Yin Cheng, 17, di Lot 4168 Kampung Ketari, Bentong pada 7 Mac 2009. 

 Bernama

#prksungailimau : SEDEKAH IKLAS DARI PAS KEPADA SEMUA ANAK MUDA !!!


DALAM PRK Kuala Besut yang lalu kita menyaksikan barisan pejuang PAS yang kononnya menegakkan Islam memberi rasuah minyak motor percuma kepada penduduk di sana. Maka berpusu-pusulah penduduk Kuala Besut mendapatkan bekalan minyak petrol secara percuma hasil SEDEKAH IKHLAS PAS di sana. Yang penting bukan rasuah!


Agak kelakar apabila kali ini di PRK Sungai Limau PAS sekali lagi bermain wayang dengan memberi minyak hitam percuma kepada penduduk Sungai Limau. Dan yang penting ini juga bukan satu rasuah untuk para penduduk Sungai Limau mengundi PAS. BETUL!! Ini bukan RASUAH...!!! Tapi SEDEKAH IKHLAS PAS.

Siap banner terpampang besar disegenap ruang memberitahu ada program ganti minyak hitam khususnya kepada anak muda Sungai Limau. INI BUKAN RASUAH!!!

Konon tidak mahu terikut dengan rentak BN yang memberi RASUAH besar atas penurapan jalan Sungai Limau, pemberian beras dan susu tin. PAS punya identiti sendiri dengan menggunakan hasil dari kutipan derma para penyokongnya untuk membuat AMAL bukan RASUAH dengan menggantikan minyak hitam motor setiap penduduk Sungai Limau.

Dan yang lebih penting ini bukanlah RASUAH PAS!!! Ini adalah SEDEKAH .
KAH KAH KAH!!!


PAS HIPOKRIT TAHAP LONGKANG BILA SELALU TUDUH BN BELI UNDI


GILA !!! SUKA-SUKA YANG MENGUNDANG PADAH !!! (FOTO SX)

Perlu Ke Sampai Bergambar Dengan 'Anu' Tu Dik...

Pelajar Bertudung Bergambar Sambil Pegang "Anu"

PERKEMBANGAN media sosial baru seperti FB, Instagram, Twitter dan sebagainya memang sesuatu perkara yang mengujakan terutama bagi golongan muda yang tak lekang dengan telefon bimbit dan gajet mereka.
Namun adakalanya ia menimbulkan persoalan sama ada ia benar-benar digunakan dengan cara yang betul atau sebaliknya.
Seperti yang kita lihat dalam gambar di atas, sekumpulan jururawat, masih berstatus pelatih rasanya, telah memuatnaik gambar yang menimbulkan seribu persoalan…biar betul ni dik??
Lebih tepat, mereka dengan raut wajah tersengih-sengih bergambar dengan patung yang mungkin mereka gunakan untuk tujuan latihan atau pembelajaran dalam kelas.
Yang menjadi tanda tanya sekarang, perlu ke bergambar dengan ‘zakar’ patung tersebut?
Lebih mengharukan, salah seorang daripada mereka memegang ‘anu’ patung berkenaan ketika bergambar beramai-ramai.
Tidakkah terdetik rasa malu kerana berbuat demikian, apatah lagi dengan imej mereka yang sungguh sopan dan ayu bertudung itu?
Betul, dalam bidang perubatan, semua benda yang ada di tubuh badan, dari A hingga Z perlu dipelajari, diteliti dan diamati…namun bukanlah dengan cara seperti mana yang mereka lakukan.
Melalui komen-komen di bawah, ternyata ia mengundang reaksi yang kurang senang daripada pelbagai pihak.
Sepatutnya sebagai orang Islam dan ketimuran yang penuh dengan adab ini, mereka tidak boleh berbuat perkara yang memalukan begini.
Mungkin bagi adik-adik jururawat ini ia cuma satu gurauan tetapi ia tetap salah dari segi etika, moral dan susila kita.
Gurauan sebegini ternyata tidak memberi faedah, malah boleh mengundang padah.
mynewshub

Wednesday 30 October 2013

PRK SUNGAI LIMAU : MAHFUZ "NO KOMEN" ISU DOA BAPA JAMIL KHIR !!!


Nampaknya satu demi satu kesilapan dilakukan oleh jentera PAS. Dengan menggunakan gambar Bapa Datuk Seri Jamil Khir berdoa semasa ziarah beliau.
Namun ia dinafikan Bapa beliau yang memberi tamparan hebat kepada PAS akibat propaganda yang tidak benar dimainkan.
Baca artikel panglima sebelum ini tentang penafian Bapa Menteri di Jabatan Menteri tersebut.
Hari ini juga akhbar menyiarkan gambar super imposed melibatkan calon PAS dengan arwah Tan Sri Azizan.
Lihat video Mahfuz Omar di bawah tentang isu gambar super imposed yang digunakan.
Nampak jelas kegagalan beliau menjawab dengan menyakinkan tentang gambar yang digunakan demi memujuk penyokong Tan Sri Azizan yang menunggu masa meluahkan kemarahan mereka dalam kotak undi 4 hb Nov nanti.

'CIUM KAKI LEPAS SOLAT" - AMALAN PASANGAN KETUA AJARAN SESAT DI PANTAI TIMUR.!




Cium pipi, dahi dan kaki selepas bersembahyang di dalam gua. Itu antara aktiviti dilakukan pengikut ajaran sesat yang menjadikan sebuah gua di sebuah negeri di pantai timur sebagai markas untuk pengikutnya berkumpul pada masa ditetapkan peneraju kumpulan itu.

Bercampur antara lelaki dan perempuan, mereka bersalaman dengan individu dipanggil ‘Ayahanda’ dan ‘Bonda’ sebelum mengucup kedua-duanya yang menunggu di persada khas seperti katil di gua berkenaan sehingga selesai solat wajib.

Bagaimanapun, dia tidak bersembahyang sebaliknya hanya melihat pengikutnya berbuat demikian.

Pasangan yang disyaki ketua mereka membahasakan diri mereka 'Ayahanda' dan 'Bonda'.
Difahamkan, setiap kali sembahyang terdapat lebih daripada 10 pengikutnya, tetapi jumlah keseluruhan pengikut ajaran terbabit tidak dapat dipastikan.

Mendedahkan perkara itu, Penolong Pengarah Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Shahrom Maarop berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati, pengasas ajaran terbabit berusia 60-an dikesan aktif menyebarkan ajaran dipeloporinya di negeri asal dan negeri lain, malah fahaman karut itu berkait rapat dengan kegemarannya masuk ke hutan serta berdamping dengan hidupan liar seperti harimau serta gajah.

Sumber

BERITA TERKINI KES TEMBAK & ROMPAK DI AMBANK !!!


Suspek tembak pegawai bank masih dalam negara

KUANTAN - Polis setakat ini belum memerlukan bantuan interpol dalam menahan suspek utama kes rompak dan bunuh pegawai Ambank di Selangor Rabu lepas kerana yakin lelaki itu masih berada di negara ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, pada masa ini pasukan khas yang ditubuh bagi menjejak lelaki itu bekerjasama dengan kontinjen seluruh negara termasuk mengawasi pintu-pintu sempadan agar tidak dibolosi suspek.

Sambil menyifatkan lelaki itu sebagai penjenayah berbahaya, beliau berkata polis percaya lelaki itu masih mempunyai senjata api pump gun dan boleh bertindak agresif dan membahayakan keselamatan awam.

"Pada masa ini, kami belum memerlukan bantuan Interpol dan berharap orang ramai yang mempunyai maklumat segera tampil membantu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Bakri ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Penyelarasan Sempena Persidangan Agung Pusat Persatuan Pegawai Kanan Polis/Cawangan Pegawai Diwartakan(PPKP/CPW), Persatuan Pegawai Kanan Polis/Cawangan Inspektor (PPKP/CI) dan Persatuan Pegawai Rendah Polis (PPRPD) ke-86.

Turut hadir Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani dan Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.

Dalam kejadian di USJ Sentral, Subang Jaya pada pukul 6.20 petang Rabu lepas, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak di kepala dari jarak dekat oleh pengawal keselamatan tempat kerjanya.

Suspek kemudian melarikan wang tunai RM450,000 dari bilik kebal bank berkenaan yang sebelum itu dibuka oleh mangsa untuk menyimpan wang.

Mohd Bakri meminta orang ramai segera menghubungi polis jika mempunyai maklumat berkaitan suspek.

"Pasukan polis amat mengalukan bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat dan saya yakin suspek masih berada di dalam negara. Kami menjalankan siasatan dari pelbagai sudut termasuk sama ada suspek dibantu oleh pihak lain selepas melakukan jenayah itu," katanya.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran mana-mana individu yang cuba bersubahat membantu penjenayah paling kejam itu akan dikenakan tindakan tegas mengikut Seksyen 212 Kanun Keseksaan.  - Bernama



11 kena tahan bantu siasatan

Kuala Lumpur: Seramai 11 individu dipercayai ahli keluarga dan rakan suspek utama kes pembunuhan kakitangan AmBank ditahan sehingga kini, di dua negeri bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan. 

Semua suspek iaitu lima perempuan dan enam lelaki berusia 24 hingga 44 tahun itu ditahan di Selangor dan Johor termasuk tiga daripada mereka ditangkap ketika hari pembunuhan itu. 

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar ketika mengesahkan perkara itu berkata, tangkapan terbaru membabitkan seorang lelaki di Johor petang kelmarin, manakala yang lain ditangkap  di Selangor.

Warga Indonesia 
“Semua mereka yang juga warga Indonesia ditahan bagi membantu siasatan polis kerana percaya individu terbabit turut mempunyai kaitan dalam kejadian pembunuhan Rabu lalu.

“Siasatan sehingga kini masih dijalankan dan beberapa lagi individu lain termasuk suspek utama masih menjadi buruan polis,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Dalam kejadian di USJ Sentral, Subang Jaya pada jam 6.20 petang, Rabu lalu, kakitangan AmBank, Norazita Abu Talib maut ditembak di kepala dari jarak dekat oleh pengawal keselamatan tempat kerjanya. 

Suspek kemudian melarikan wang tunai RM450,000 dari bilik kebal berkenaan yang sebelum itu dibuka mangsa untuk menyimpan wang.

FB suspek jadi tumpuan

Akhbar semalam melaporkan, akaun Facebook dipercayai milik suspek utama pembunuhan itu mula menjadi perhatian orang ramai sejak Ahad lalu.

Laman itu yang menggunakan nama Ardi Ode Putra Katela menggunakan gambar profil mirip wajah suspek yang diedarkan polis sejurus pembunuhan berlaku.

Ditanya sama ada suspek utama sudah melarikan diri ke negara jiran melalui jalan tikus sejak kes berkenaan, Abdul Rahim menolak andaian berkenaan, sebaliknya beliau menjelaskan suspek dipercayai masih berada di sekitar Lembah Klang.

Katanya, ia berdasarkan kawalan ketat di semua pintu sempadan sama ada laluan tikus atau laluan utama, sekali gus menghalang buruan polis itu meloloskan diri- Bernama

REZEKI NABIL : DAPAT KONDO RM1 JUTA PERCUMA !!!


Hasrat pelawak Nabil Ahmad untuk membeli sebuah kondominium Antara di Persiaran Gurney, Kuala Lumpur membawa tuah apabila pemaju perumahan itu bersedia memberikan rumah berkenaan secara percuma bernilai RM1.036 juta.

Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 29, berkata, pada mulanya dia sekadar ingin bertanya mengenai kondominium yang ingin dibelinya itu tetapi pihak pemaju, sanggup memberikannya satu unit percuma jika dia bersedia menjadi duta perumahan itu.

"Saya terkejut kerana pada asalnya saya sekadar melakukan 'house hunting' dan berminat dengan sebuah unit di kondominium Antara yang bernilai RM600,000 kerana harganya murah berbanding dengan perumahan lain yang agak mahal.

"Selepas membuat perbincangan, tiba-tiba pihak pemaju (Faber Development Holdings Sdn. Bhd) berminat pula untuk menjadikan saya sebagai duta kondominium tersebut selama setahun dan menawarkan sebuah unit bernilai RM1.036 juta secara percuma pada 23 Oktober lalu," katanya.

Tambah Nabil, kondominium tersebut masih lagi dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2016.

Dalam pada itu, Nabil menyifatkan pemberian kondominium tersebut merupakan hadiah terbesar yang pernah diterima sejak bergelar selebriti, lima tahun lalu.

Malah ia juga sebahagian daripada rezeki anaknya, Naera Mikayla yang akan berumur setahun pada 25 November ini.

Sementara itu, Nabil berkata, dia kini bergiat aktif dalam membuat pelaburan hartanah selepas didorong oleh rakan-rakannya dan sudah memiliki tiga buah rumah termasuklah kondominium berkenaan.

"Saya juga banyak belajar daripada seorang lelaki yang hebat dalam pelaburan hartanah bernama Ahyat Ishak.

"Dan setakat ini saya telah membeli sebuah kondominium di Jalan Duta (Kuala Lumpur), dan rumah itu dihadiahkan kepada emak saya. Manakala sebuah lagi di Ara Damansara yang mana di situ saya tinggal bersama isteri (Nazirah Ayub)," tuturnya.

Nabil juga merupakan duta kepada kasut jenama Vans sejak dua tahun lalu.

-pilihananda

Tuesday 29 October 2013

#prksglimau : UNDI BN UMPAMA UNDI NAIK HARGA !!!



KUALA LUMPUR - Pas mendakwa, satu undi untuk Umno-BN pada PRK Dun Sungai Limau bermakna satu undi untuk kenaikan harga barang.

Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata demikian dalam satu kenyataan di dalam laman FACEBOOK BELIAU , hari ini.

Dakwanya, pengundi Dun Sungai Limau wajib melakukan pemilihan yang tepat bagi menunjukkan rakyat tidak sokong kenaikan harga barang.

"...kenaikan harga barang yang berlaku selepas pilihan raya seperti harga minyak, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan banyak isu lain membuktikan bahawa Umno-BN tidak berniat untuk meringankan beban rakyat bawahan.

"Justeru, pengundi Dun Sungai Limau wajib buat pilihan yang tepat bagi membuktikan rakyat tak reda dengan kenaikan harga barang," dakwanya.

Pada bulan lalu, penyandang Adun Sungai Limau, Tan Sri Azizan Abdul Razak telah meninggal dunia akibat masalah kesihatan sekaligus menyebabkan kerusi Dun di kawasan itu menjadi kosong.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan turut merayu pengundi di Dun Sungai Limau supaya mengekalkan undi terhadap Pas, pada PRK depan.

"Saya benar-benar menggantungkan harapan kepada para pengundi agar terus mengekalkan Pas di Dun Sungai Limau sebagaimana pengundi-pengundi telah membuat pilihan yang tepat apabila mengundi Almarhum Ustaz Azizan Abdul Razak di dalam PRU yang lepas.

"Insya-ALLAH, keikhlasan tuan-tuan di dalam membuat pengundian di dalam pilihanraya yang lepas akan dikira sebagai amalan kebaikan oleh ALLAH SWT sekalipun kesempatan untuk bersama-sama Adun Sungai Limau tidak lama kerana beliau dipanggil mengadap ALLAH SWT kemudiannya," katanya lagi.

TAK MALUKAH CINA MALAYSIA BILA WARGA ASING PUN PANDAI CAKAP MELAYU ???


Mari dengar orang Rusia di Rusia dan bukan duduk Malaysia boleh bercakap Melayu dengan fasih dan pelat Melayu ...


Bawah berikut seorang gadis cantik berwarna perang dari Australia duduk di Australia bercakap dengan fasih di Malaysia di atas pentas:


Seorang penyanyi kelahiran Australia dan beribu bapa Inggeris, Bonnie Freechyld boleh terus jatuh cinta dan fasih hingga menyanyikan lagu  Melayu di luar negara:


Bukan satu, Dengar pula Cassidy Anderson:


Tak malukah Cina extrimis DAP, Dong Zong yang datang ke negara ini untuk menumpang cari rezeki, menuntut kewarganegaraan dan akhirnya diberi TAPI.............kini kata duduk di Malaysia beratussan tahun, bahawa Melayu masih tak fasih. Konon sophisticated untuk cakap Inggeris pelat apek.

Tak tahu ahu malukah mereka?

HOT!!! ZED ZAIDI SELAR KENYATAAN @abby_abadi112 .


Presiden Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi menyelar kenyataan pelakon dan penyanyi Abby Abadi yang menuduh Umno bertanggungjawab menjadikan golongan selebriti di Malaysia mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 33, berkata, Abby tidak sepatutnya mengaitkan dan menyalahkan parti politik sebagai penyebab gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan tanah air.

"Soal agama adalah hak individu dan ia langsung tiada kena mengena dengan parti politik dan setiap umat Islam tidak kira sama ada mereka artis atau golongan biasa perlu tahu tanggungjawab kepada agama dan bukannya menuding jari kepada pihak lain.

"Politik tidak boleh mempengaruhi seseorang untuk melakukan ibadat ataupun tidak dan saya tidak faham mengapa politik disalahkan dalam konteks artis tidak mengamalkan ajaran agama Islam dalam ceramah yang dia sampaikan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Dalam ceramah di Kampung Dulang Kecil di Yan, Kedah pada malam Sabtu lalu, Abby menyalahkan Umno kerana membiarkan gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan tanah air.

Abby mendakwa Umno bertanggungjawab menjadikan golongan selebriti di Malaysia mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam.

Abby yang kini menjadi ahli PAS seumur hidup tampil membantu kempen calon parti itu, Mohd Azam Abdul Samat yang berhadapan saingan satu lawan satu menentang wakil Barisan Nasional, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau yang akan diadakan pada 4 November depan.

Dalam pada itu, Zed Zaidi turut mempertikaikan perjuangan Abby dalam parti Pas yang dilihat tidak ikhlas dan hanya bersuara apabila berceramah untuk membantu parti tersebut ketika pilihan raya.

Jelas Zed, ceramah yang disampaikan oleh Abby hanya mencari kesalahan orang lain selain menabur fitnah sekali gus bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

"Saya tidak faham dengan sikapnya kerana secara terang-terangan dia bukannya memperjuangkan Islam tetapi hanya untuk kepentingan politik dan jelas dia isu yang dia bangkitkan ternyata tidak masuk akal.

"Ia bersifat kebudak-budakkan dan ingin saya tanya di sini, di mana Abby ketika isu seperti penggunaan kalimah Allah hebat diperkatakan sebelum ini?

Monday 28 October 2013

SEBARKAN !!! MEMORANDUM MUSLIM UPRO

22 Oktober 2013M bersamaan 17 Dzulhijjah 1434H
Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam di dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia atau ringkasnya MuslimUPRo telah digagaskan sebagai salah satu usaha untuk memantau NGO-NGO Hak Asasi Manusia (HAM) dan pertubuhan-pertubuhan sekular-liberal yang menggunakan saluran Gabungan NGOMalaysia di dalam Proses UPR (COMANGO), untuk menuntut perkara-perkara yang mencabar kedudukan Islam sebagai agama Negara melalui Proses Semakan Berpenggal Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia HRC (UN) di Geneva, Switzerland yang akan melibatkan Malaysia pada 24 Oktober 2013.

MuslimUPRo dan gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam yang disenaraikan di sini mengambil pendirian berikut:
Menginsafi kepentingan Perkara 3(1) di dalam Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam pada kedudukan istimewa sebagai agama Persekutuan;
Menyedari bahawa cabaran-cabaran dunia pada hari ini ditandai gerakan hak asasi manusia (HAM) yang berlatarbelakangkan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan fitrah agama seperti sekularisme, liberalism dan pluralism dan semakin menyesatkan ramai di kalangan umat Islam;
Memperakui hakikat Malaysia sebagai sebuah Negara yang berdaulat serta disegani sebagai sebuah Negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN), Negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) serta Negara anggota Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN);
Menegaskan bahawa sebagai sebuah yang beragama Malaysia perlu bertegas di dalam mempertahankan kedudukan Islam serta tidak tunduk kepada tuntutan-tuntutan HAM yang ternyata bertentangan dengan prinsip-prinsip di dalam ajaran Islam.

MOHON SEBARKAN !!! GAMBAR & FACEBOOK SUSPEK KES BUNUH & ROMPAK DI AMBANK !!!

Inilah wajah suspek pembunuh pegawai AMBANK 



Susulan kes pembunuhan pegawai operasi AmBank tempoh hari, pembunuh yang dikenali sebagai Ardi Hamza masih bebas dan dipercayai masih di negara Malaysia.
Facebook Ardi Hamza dengan akaun Ardi Ode Putra Katela dikesan dan jika dilihat dari kandungan Facebook suspek ini, ternyata lelaki ini berasal dari Indonesia dan rakan Facebook yang mencecah lebih 4,000 majoriti daripada negara jiran.

Gambar-gambar pembunuh pegawai AmBank ini kebanyakkan status Facebook suspek memang berasaskan negara asalnya, Indonesia dan status terakhir di Facebook suspek pada 21 Oktober 2013.






Kepada pembaca sekalian, marilah kita bantu pihak Polis sehingga tertangkapnya manusia yang tak berhati perut ni. Pada mereka yang cuba ingin mempolitikkan kes pembunuhan ini, hentikanlah sebab korang semua tak ada otak. 

Inilah masanya gunakan Akta PCA terhadap penjenayah yang buta warna ni. Dan jangan cuba untuk mencabar pihak Polis. Kami yakin Polis pasti dapat menangkap binatang ni. Tahniah diucapkan pada KDN kerana dengan serta merta MENAMATKAN LESEN syarikat security yang sebagai majikan kepada pembunuh.

BETAPA TERUKNYA AKHLAK PELAJAR SEKOLAH MASA KINI !!! (FOTO SX)



Foto yang diambil dari facebook ini dikatakan telah tersebar luas..yang pasti rasanya ini bukannya dari Malaysia. Cuma kalau kita sebagai ibu bapa tidak perhatikan gerak laku anak-anak kita maka akhlak teruk sebegini bakal melanda kita juga.

Kecanggihan talipon bimbit zaman sekarang bakal mengundang masalah moral remaja masa kini...mak ayah tak dapat kawal lagi...internet di hujung jari dan mereka akan bebas untuk lihat apa saja yang ada dalam internet.

Sama-samalah kita berdoa agar Allah lindungi kita dari musibah ini..aminn

Apa pandangan anda? . . inikah remaja pada hari ini . kejadian ini telah dirakam oleh salah seorang rakan mereka dan telah disebarkan melalui Facebook . mengapa hal ini terjadi ?