ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: AL-FATIHAH : HARUN TAIB MENINGGAL DUNIA

Saturday 25 January 2014

AL-FATIHAH : HARUN TAIB MENINGGAL DUNIA


AL FATIHAH…Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu bagi mendapatkan rawatan penyakit lamanya meninggal dunia tengah malam Jumaat.

Beliau dilaporkan meninggalkan jam kira-kira 12.00 tengah malam.

Laman rasmi PAS jam 5 petang tadi melaporkan Harun sudah tidak sedarkan diri.

Malah laman itu juga memberitahu Timbalan Musyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din juga dilaporkan tidak sihat dan sedang dirawat di Wad CCU Institut Jantung Negara (IJN).

Allahyarham merupakan bekas ADUN Manir Terengganu selain pernah menjawat jawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu dan Yang DiPertua PAS Hulu Terengganu.

Beliau belajar di Universiti Islam Madinah dalam jurusan Usuluddin. Kemudian peringkat sarjana siasah syariah di Universiti al-Azhar, Mesir.

Ketika PAS berjaya menawan Terengganu pada 1999,  Allahyarham dilantik menjadi Exco kanan Jawatankuasa Pendidikan Dakwah dan Pelaksanaan Undang-Undang Syariah Terengganu.-25/1/2014
Sumber- Agenda Daily

انا لله وانا اليه راجعون 
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

Al-FATIHAH ....
Semoga Roh arwah ditempatkan bersama mereka yang beriman & beramal soleh.

No comments:

Post a Comment