ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: CERAI MAIN-MAIN & MENGAKU BUJANG !!! APA HUKUMNYA ??? (VIDEO INSIDE)

Saturday 25 January 2014

CERAI MAIN-MAIN & MENGAKU BUJANG !!! APA HUKUMNYA ??? (VIDEO INSIDE)

Isu: 
Jatuh atau tidak talak, jika seseorang yang sudah kahwin tetapi mengaku bujang dengan tujuan bergurau sahaja ?

Keputusan: 
Seseorang yang menyatakan ia masih bujang atau belum berkahwin sedangkan ia telah berkahwin samada dengan tujuan memperolok-olokkan atau mempersenda gurau, mesyuarat berpendapat bahawa ia adalah termasuk dalam erti kata pembohongan dan tidak membabitkan gugur talak.


Huraian:
Talak Kinayah pula membawa maksud kalimah yang secara tidak langsung yang mempunyai dua atau lebih pengertiannya. Umpamanya jika suami melafazkan kepada isterinya perkataan:

1. Aku tak nak kau lagi, kau boleh balik ke rumah orang tua kau
2. Pergilah engkau dari sini, ke mana engkau suka
3. Kita berdua sudah tiada apa-apa hubungan lagi

Lafaz-lafaz seumpama ini termasuk dalam kategori Kinayah, jika suami tidak berniat untuk menceraikan isterinya maka talak tidak jatuh, tetapi jika sebaliknya iaitu suami mempunyai niat menceraikan isterinya ketika melafazkan kalimah ini, maka talak dikira jatuh.


No comments:

Post a Comment