ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PRK KAJANG : NIK AZIZ PERTAHAN ANWAR ???

Thursday 30 January 2014

PRK KAJANG : NIK AZIZ PERTAHAN ANWAR ???


Setiap kali Anwar Bin Ibrahim melakukan kesalahan maka Nik Aziz akan tampil mempertahankan beliau seolah-olah telah menjadi tugas khas Nik Aziz untuk “mencuci najis” Anwar Bin Ibrahim. Sepatutnya manusia yang berada dipenghujung usia seperti beliau sentiasa mengeluarkan kenyataan yang benar dan adil sahaja tanpa dipengaruhi oleh sebarang kepentingan peribadi.

Dalam keadaan Nik Aziz yang sentiasa uzur beliau dilihat berada dalam keadaan yang cukup terdesak apabila sanggup mencabar Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk tidak meletakkan calon mereka sekiranya menganggap pengosongan kerusi di Dun Kajang itu sebagai satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi.

Mengapa Nik Aziz tidak lantang bersuara mempertahankan kesucian maruah Islam apabila Kalimah Allah dengan jelas cuba diperkotak katikkan oleh rakan-rakan seperjuangan Nik Aziz. Anehnya apabila Nik Aziz yang kononnya mewakili parti Islam Se-Malaysia sebenarnya tidak peduli langsung akan untung nasib bangsa Melayu yang beragama Islam.

Kononnya Nik Aziz muak dengan akhbar-akhbar pro Umno yang memainkan isu kononnya langkah mengosongkan kerusi itu ialah langkah memanipulasi demokrasi padahal kononnya Umno sendiri lupa, bahawa langkah mereka di Perak pada tahun 2009 itulah langkah yang lebih teruk. Sebenarnya siapa yang cuba Nik Aziz tipu dengan segala manipulasi tak beretika beliau. Langkah PKR mengosongkan kerusi sesuka hati tanpa sebab musabab yang kukuh sebenarnya satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak beretika sehingga merugikan negara dan rakyat.

Senario ini seolah-olah menggambarkan etika sebenar para pemimpin pembangkang yang cukup tidak beretika. Mereka seolah-olah lebih tertumpu untuk merebut kekayaan dan tidak lagi menumpukan kepada tugas sebenar sebagai ahli politik. Sedangkan hakikat sebenarnya parti politik bukan untuk mengayakan diri tetapi sebaliknya mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan negara.

Kemelut politik yang berlaku di Selangor jelas mengambarkan ketidakikhlasan dan ketidakupayaan pembangkang dalam memperjuangkan kepentingan rakyat. Mereka telah jauh tergelincir dari landasan yang sebenarnya. Politik adalah berkenaan pentadbiran negara memajukan negara. Namun begitu bagi pembangkang yang mendapat kuasa di Selangor telah menyalahgunakan kuasa itu untuk kepentingan diri.

Berbalik kepada isu Nik Aziz mempertahankan Anwar. Kegagalan Nik Aziz dalam membangunkan Kelantan selepas lebih dari dua puluh tahun meneraju negeri tersebut sepatutnya dijadikan “benchmark” ketidakupayaan Nik Aziz, PKR dan DAP dalam menjalankan pentadbiran. Ketidaktelusan mereka seiring dengan penderitaan rakyat sepatutnya membuka mata rakyat. Namun bagi rakyat yang memilih untuk mempercayai fitnah dari hakikat kebenaran demi dendam peribadi telah membuka ruang dan peluang untuk pembankang mempergunakan mereka untuk kepentingan politik masing-masing.
Oleh itu bagi kita yang diberi hidayah untuk melihat kebenaran yang cuba dipermainkan pembangkang, mempunyai tugas yang cukup berat untuk berjihad menyedarkan mereka yang tertipu dengan semua dakyah pembangkang. Jihad kita demi agama Islam, bangsa Melayu dan tanahair.
*Petikan MYKMU.NET

No comments:

Post a Comment