ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SUBHANALLAH...ALHAMDULILLAH...ALLAHUAKBAR !!! GAMBAR ADIK NUR DAMIA (OKU) DI ALAM PERSEKOLAHAN !!!

Thursday 2 January 2014

SUBHANALLAH...ALHAMDULILLAH...ALLAHUAKBAR !!! GAMBAR ADIK NUR DAMIA (OKU) DI ALAM PERSEKOLAHAN !!!



Biarpun terpaksa menulis menggunakan hanya dua jari kaki sambil berbaring di atas lantai beralaskan tikar, semangat kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU), Nur Damia Irsalina Daeng Malis, untuk menimba ilmu setanding rakan sebayanya yang normal tidak luntur.



Semangat tinggi Nur Damia Irsalina, 7, yang memasuki Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan Kuala Telemong (SKKT) di sini, dikesan ibu bapanya apabila dia mencuba-cuba pakaian sekolahnya dan berlatih menulis di rumah sebelum sesi persekolahan. Nur Damia dari Kampung Lubuk Batu di sini, kudung dua tangan dan dua kaki. Hanya kaki kanan mempunyai tiga jari yang membolehkan kanak-kanak itu menulis dan melakukan aktiviti seharian. 







Ketika ini, Nur Damia bergerak menggunakan kerusi roda elektronik dan dia dihantar ke sekolah oleh bapanya, Dr Daing Malis Abd Kahar, 43, dan ibu, Rosnaini Mohamad, 35, yang tidak pernah berputus asa memberi semangat dan sokongan kepadanya.

No comments:

Post a Comment