ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ANWAR BELUM PASTI BAKAL MB SELANGOR SELEPAS #PRKKajang !!!

Sunday 16 February 2014

ANWAR BELUM PASTI BAKAL MB SELANGOR SELEPAS #PRKKajang !!!


DATUK Seri Anwar Ibrahim dianggap sebagai calon yang tiada tandingan pada pilihan raya kecil Kajang, 23 Mac ini.

Tetapi, semakin tidak jelas sama ada pemimpin PKR yang bercita-cita tinggi ini boleh menjadi Menteri Besar Selangor yang seterusnya memandangkan Tan Sri Khalid Ibrahim dikatakan enggan berganjak dari jawatannya. {Baca Sini}

Apa yang berlaku di Kajang, yang merupakan satu cara memaksa pilihan raya kecil diadakan supaya Anwar dapat bertanding dan bergerak lebih jauh di Selangor menjadi jauh lebih rumit daripada yang dijangkakan.

Khalid yang sebelum ini telah bersetuju untuk memberi laluan kepada Anwar telah mengubah fikiran dan mahu terus kekal.

Penyokongnya yang paling rapat dengannya mendakwa beliau telah melakukan ‘tugasan’ dan mendapati beliau mempunyai ‘angka-angka’ tertentu.

Mereka berkata Khalid telah melakukan perkiraan dan bersedia untuk bermain-main dengan nombor tersebut.

Mereka tidak menyatakan angka itu tetapi mendakwa bahawa jika persoalan siapa yang patut menjadi menteri besar diletakkan sebagai undi di dalam Dewan Undangan Negeri, Khalid boleh terselamat dengan majoriti mudah walaupun itu bermakna beliau terpaksa juga bergantung kepada sokongan daripada kerusi pembangkang.

Khalid mengubah keputusan dan mendapat keyakinan baru setelah menerima banyak rayuan dan mesej semangat daripada penyokongnya yang menggesa supaya beliau terus kekal.

Beliau juga memantau tindak balas pengguna di internet dan pendapat di luar sana serta dapat melihat bahawa beliau masih mendapat sokongan moral yang tinggi di peringkat akar umbi.

Tetapi, membawa perkara ini ke Dewan Undangan Negeri untuk memaksa Khalid keluar adalah perkara terakhir di fikiran Anwar buat masa ini, sekurang-kurangnya.

Ia akan menjadi perkara yang sangat memalukan, seolah-olah mendedahkan kepada khalayak ramai bahawa DAP dan PAS tidak berminat dalam isu ini.

Tambahan pula, PAS Selangor tidak seiring dengan Anwar.

Pemimpin-pemimpin PAS di Selangor telah mengadakan beberapa mesyuarat mengenai PRK Kajang dan membuat kesimpulan mereka lebih suka Khalid menjadi menteri besar dan tidak mempunyai masalah dengan beliau.

Tetapi jika Pakatan Rakyat berkeras untuk menyingkirkan Khalid, PAS terpaksa menamakan calonnya sendiri untuk jawatan tertinggi itu dan nama yang sudah ada di dalam fikiran mereka ialah anggota exco, Iskandar Samad.

“Itulah pendirian parti di Selangor dan kita perlu menghormatinya,” kata seorang pemimpin tertinggi PAS.

Tetapi secara rasmi, PAS mengambil pendirian akan bersama-sama menghadapi pilihan raya kecil Kajang.

Perbincangan mengenai siapa yang akan menjadi menteri besar hanya akan dilakukan selepas pilihan raya.

Keyakinan baru timbul dalam diri Khalid setelah mendapat tahu bahawa PAS pada dasarnya tidak memihak kepada Anwar untuk jawatan tertinggi itu.

Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan Tantawi telah mengkritik keputusan unilateral PKR di Kajang sebagai tidak menghormati dan melayan PAS seperti ‘Parti Tupperware’.

Pengkritik PAS yang paling lantang dan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali tidak henti-henti memberikan hujah moral terhadap pilihan raya kecil itu.

Justeru, masih tidak jelas bagaimana Pakatan berhasrat untuk memberikan tekanan ke atas Khalid untuk meletak jawatan.

Apakah yang akan berlaku jika Khalid enggan meletakkan jawatan dan Anwar menang di Kajang? Bolehkah mereka terus mencalonkan nama-nama baru untuk jawatan tersebut?

Keadaan sekarang tidak seperti keadaan selepas pilihan raya umum di mana terdapat vakum yang perlu diisi.

Adakah Sultan mempunyai hak untuk mempertimbangkan nama Khalid bersama calon-calon lain?

Bercakap soal etika, menteri besar patut melepaskan jawatannya jika telah hilang sokongan majoriti daripada parti.

Tetapi Khalid boleh berkeras dan tidak boleh dipaksa untuk melakukan sesuatu yang beliau sendiri tidak bersetuju.

Apabila dikritik, beliau mendengar tanpa membantah sambil mengangguk-angguk dan meminta maaf dengan penuh kesal.

Beliau juga mungkin berterima kasih kepada pengkritiknya untuk cadangan mereka dan berjanji untuk melaksanakannya.

Tetapi setakat yang diketahui, beliau akan menjalankan tugasnya seperti biasa, melakukan kerja dalam gaya ‘Lone Ranger’ beliau.

Seperti kebanyakan lelaki lain yang berjaya, Khalid mempunyai ego dan keyakinan diri yang tersendiri.

Beliau berasa sangat dikhianati oleh Anwar dan memberitahu orang ramai bahawa beliau berasa dipermainkan.

Kesilapan PKR apabila mereka menganggap bahawa Khalid dapat disingkirkan. Mereka tidak menjangka beliau akan berjuang.

Khalid juga berasa dimalukan oleh parti dengan cara yang dilakukan untuk menjatuhkannya dalam keadaan tergesa-gesa dengan apa yang berlaku di Kajang , menunjukkan bahawa beliau telah mengurus isu-isu di Selangor secara salah dan mengatakan bahawa beliau tidak sesuai untuk tugas tersebut kerana beliau bukan seorang ahli politik yang bagus.

Tetapi hakikat bahawa beliau bukan seorang ahli politik biasalah yang menyebabkan beliau mampu memenangi hati orang biasa.
Mstar.

No comments:

Post a Comment