ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: GEMPAR !!! JENAZAH LENGKAP DIKAFAN DITEMUI DI TEPI JALAN !!!

Thursday 27 February 2014

GEMPAR !!! JENAZAH LENGKAP DIKAFAN DITEMUI DI TEPI JALAN !!!

Bukit Mertajam – Kekecohan telah tercetus bilamana satu jenazah yang telah lengkap dikafankan telah ditemui ditepi jalan di Bukit Minyak, Bukit Mertajam pagi ini.

Jenazah tersebut telah ditemui oleh para pengguna yang sedang menggunakan jalan yang berhampiran Bulatan Kawasan Perindustrian Tambun, Bukit Minyak, Pulau Pianang awal pagi ini.
Pihak Polis masih menjalankan siasatan buat ketika ini bagi mencari jawapan akan insiden ini.
UPDATE TERKINI !!!
MAYAT DIBUNGKUS DENGAN CADAR, KEPALA DAN KAKI DIIKAT

Bukit Mertajam, 26 Feb - Mayat seorang lelaki dipercayai milik warg asing ditemui dibungkus dalam kain cadar di Jalan Perusahaan 2, Bukit Minyak di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Azman Abd Lah berkata ia ditemui oleh seorang awam yang melalui kawasan itu kira-kira 8.45 pagi dengan kepala dan kaki mayat diikat.

"Keadaan mayat seperti sudah dikafan. Ia masih dalam keadaan sempurna, tidak berpakaian dan mulutnya berbuih. Kita percaya mungkin lelaki itu baru mati," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan mangsa mati ditempat lain sebelum mayatnya diletakkan di situ.

Tiada sebarang dokumen ditemui bersama mayat yang kemudiannya dihantar ke hospital untuk mengenal pasti punca kematian mangsa, katanya.

"Tiada sebarang kesan kecederaan di badan mayat dan tiada unsur jenayah. Kes disiasat sebagai mati mengejut bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment