ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: GURU MENGAMUK BAGAI DIRASUK TUMBUK 4 PELAJAR BERSEMBUR DARAH !!!

Saturday 15 February 2014

GURU MENGAMUK BAGAI DIRASUK TUMBUK 4 PELAJAR BERSEMBUR DARAH !!!



IPOH – Dua pelajar lelaki dan dua pelajar perempuan tingkatan satu mendakwa mereka telah diserang oleh seorang guru di sekolah mereka di Sitiawan, Perak selepas guru berkenaan marah terhadap satu insiden melibatkan sekumpulan pelajar.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 5.20 petang Rabu di SMJK Nan Hwa, guru terbabit dalam usia lingkungan 30-an dikatakan berang terhadap sekumpulan pelajar yang sedang bermain air di luar bilik darjah.

Apabila salah seorang daripada pelajar perempuan dari kumpulan itu tidak sengaja menyebabkan air terkena pakaian guru tersebut, dia telah bertindak menumbuk muka pelajar itu sehingga lebam.

Guru tersebut kemudian masuk ke kelas untuk untuk memulakan pengajaran.

Tetapi, apabila mendapat tahu bahawa tiga pelajar, termasuk seorang pelajar perempuan lupa membawa komputer riba mereka, dia menjadi marah dan didakwa menumbuk mereka.

Salah seorang pelajar lelaki mengalami pendarahan akibat tindakan tersebut.

Pelajar-pelajar terlibat telah dihantar ke hospital untuk rawatan manakala ibu bapa mereka membuat laporan polis terhadap guru berkenaan.

Pengerusi lembaga gabenor sekolah, Ling Leong Peng berkata pelajar terbabit mengalami trauma dan telah dinasihatkan supaya tidak menghadiri sekolah sehingga tindakan diambil terhadap guru itu.

Ling mendakwa ini bukan kali pertama guru itu melakukan kezaliman.

Bulan lepas, dia didakwa menumbuk seorang pelajar di sekolah itu.

Dia juga dikatakan telah bergaduh dengan pengetua sekolah lain di mana dia mengajar sebelum ini.

Beliau berkata kes-kes melibatkan guru terbabit sebelum ini telah dilaporkan di Pejabat Pelajaran Manjung, tetapi beliau mendakwa tiada tindakan diambil.

“Kami mahu pihak berkuasa menggantungnya dan melakukan sesuatu tentang kelakuannya. Ini tidak boleh berterusan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Manjung Komisioner Jaafar Baba mengesahkan kejadian itu.


mynewshub

No comments:

Post a Comment