ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KES HINA SULTAN : KARIER POLITIK KARPAL SINGH AKAN DITENTUKAN MAHKAMAH TINGGI JUMAAT INI !!!

Thursday 20 February 2014

KES HINA SULTAN : KARIER POLITIK KARPAL SINGH AKAN DITENTUKAN MAHKAMAH TINGGI JUMAAT INI !!!

KUALA LUMPUR 19 Feb – Jumaat ini nasib Karpal Singh bakal ditentukan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung tindakannya yang mempersoalkan kuasa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dalam pentadbiran kerajaan kuasa negeri pada 2009 lalu.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu didakwa di bawah Seksyen 4(1)B, Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Karpal mempertikaikan kuasa Sultan Azlan Shah dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam (JAIP), Datuk Jamry Sury yang dianggap sebagai urusan pentadbiran kerajaan negeri.
Sultan Azlan Shah menitahkan Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (pada ketika itu) supaya menarik balik arahan pertukaran terhadap Jamry yang dibuat pada 29 April 2009, selepas Jamry didakwa tidak memberi kerjasama kepada kerajaan negeri.
Tindakan biadap Karpal mendapat tentangan daripada kepimpinan UMNO kerana ia bukan sahaja dilihat sebagai menghina malah mencabar kedudukan dan kedaulatan sultan.
Namun, Karpal yang juga Pengerusi DAP berkata beliau tidak berniat untuk menghina Sultan Azlan Shah ketika membuat kenyataan mengenai campur tangan istana dalam isu pertukaran Jamry.
Karpal telah didakwa menyebut kata yang berunsur hasutan pada sidang media yang diadakan di pejabatnya Tetuan Karpal Singh & Co, di Jalan Pudu Lama di sini, antara 12 tengah hari dan 12.30 tengah hari pada 6 Februari 2009.
Sebanyak 103 laporan polis telah dibuat dari 7 hingga 24 Februari 2009 seluruh Semenanjung Malaysia yang menyatakan ketidakpuasanhati terhadap Karpal.
Nasib Karpal akan ditentukan Jumaat ini dan jika beliau didapati bersalah,kerusi parlimen Bukit Gelugor terpaksa dikosongkan dan secara tidak langsung pilihan raya kecil akan diadakan.
Namun, Karpal tidak pernah menyesal dengan tindakannya itu walaupun sedar kariernya akan musnah jika dia didapati bersalah.

No comments:

Post a Comment