ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KHAS UNTUK PENERIMA BR1M : CARA BUAT TUNTUTAN PERLINDUNGAN UNSURAN i-BR1M

Monday 24 February 2014

KHAS UNTUK PENERIMA BR1M : CARA BUAT TUNTUTAN PERLINDUNGAN UNSURAN i-BR1M


Cara membuat tuntutan atau menuntut caruman i-Br1m perlindungan insuran nyawa. i-BR1M adalah pelan takaful yang memberi manfaat perlindungan kepada penerima BR1M kategori isirumah/ keluarga.
i- BR1M bertujuan membantu meringankan tanggungan penerima dan keluarga penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan. Sumbangan i-BR1M ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan tiada kos dikenakan.

Syarat Kelayakan i-BR1M
Semua penerima BR1M kategori isirumah/ketuakeluarga yang mempunyai tanggungan layak mendapat perlindungan i-BR1M.
Penerima BR1M kategori bujang dan warga emas sebatang kara adalah tidak layak menuntut i-BR1M.

Cara Buat Tuntutan i-BR1M
Borang tuntutan i-BR1M boleh didapati di pejabat pengendali Takaful atau boleh di dimuat-turun di:
a. Laman web Persatuan Takaful Malaysia (MTA) di http://www.malaysiantakaful.com.my/
b. Laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di http://www.hasil.gov.my/

Pembayaran i-BR1M
Borang tuntutan i-BR1M yang lengkap akan diproses dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh permohonan beserta dokumen lengkap diterima oleh pengendali Takaful.

Sumber – FB ASSU.

No comments:

Post a Comment