ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MALANG TIDAK BERBAU !!!

Friday 14 February 2014

MALANG TIDAK BERBAU !!!

KANAK-KANAK CEDERA PARAH TERKENA PERCIKAN CAT PANAS !!!
Klang: “Tiba-tiba saya dikejutkan dengan jeritan adik yang memaklumkan mereka (anak) terbabit dalam letupan kecil selepas membuang sampah di hadapan rumah,” kata Mohd Zaidi Mat Kasnin, 35, mengenai kejadian dua anaknya yang melecur teruk di muka akibat terkena percikan bahan cecair dari tin penyembur cat yang meletup di tempat membuang sampah berhampiran rumahnya di Batu 4, Jalan Kapar kira-kira jam 12.30 tengah hari Ahad lalu.
Dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa Mohd Danish Haikal Mohd Zaidi, 11, dan adik bongsunya Nur Qasih Danisha Qistina Mohd Zaidi, 3, melecur hampir 100 peratus di muka, namun si abang cuba membantu menyelamatkan adiknya terlebih dahulu walaupun mukanya turut terkena cat panas dalam letupan itu. 
Katanya, kedua-dua anaknya itu bangun kira-kira jam 11 pagi untuk membantu ibu saudara mereka mengemas rumah sementara beliau masih tidur akibat keletihan kerana memandu jauh. 

“Adik saya memaklumkan Danish keluar untuk membuang sampah di lokasi pembakaran sampah yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah dan tidak menyedari Qasih mengekorinya dari belakang.

“Ketika sampai di lokasi kejadian, Danish mula menyapu sampah berhampiran unggun api berkenaan dan tidak menyedari terdapat tin penyembur cat di kawasan itu,” katanya.
MyMetro
KANAK-KANK MAUT DILANGGAR KERETA DATUK !!!
Hulu Selangor : Seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun mati akibat kecederaan kepala selepas dilanggar datuknya yang berusia 59 tahun dalam kejadian di hadapan rumah mangsa di Jalan Berlian 4B/1, Taman Lembah Damai, Kerling, di sini, kira-kira jam 9.40 malam semalam.Datuk mangsa yang gagal mengelak menyebabkan dia melanggar cucunya sendiri dan selepas memberhentikan kenderaan mangsa sudah berada di bawah tayar kiri kereta itu. 
Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan dalam kepala.

Ketika kejadian, datuk mangsa yang memandu kereta jenis Proton Exora memandu keluar dari parkir kereta di sebelah rumah dan mangsa dengan tiba-tiba keluar dari rumah tanpa disedari keluarga dan melintas di hadapan kereta berkenaan. 
MyMetro

PELAJAR MAUT KERETA REMPUH TEMBOK BATU !!!
AYER KEROH - Seorang pelajar yang baharu sahaja menduduki ujian pertengahan semester, maut selepas kereta dipandu melanggar tembok batu laluan pejalan kaki bawah tanah di Jalan Tun Razak-Lebuh Ayer Keroh, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang, mangsa Muhammad Rifai Zainal, 21, dikatakan dalam perjalanan pulang ke asrama di Taman Murai Jaya, Durian Tunggal sebelum keretanya dilanggar sebuah kenderaan lain dari belakang di kawasan berhampiran Taman Buaya.

Menurut sumber, pelajar tahun dua jurusan Diploma Sumber Manusia di Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi Maklumat (MiCoSt) itu maut di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah dan pendarahan di sebahagian muka.

“Muka mangsa dipercayai terkena stereng apabila papan panel (dashborad) ternaik ke atas akibat hentakan kuat di bahagian hadapan sebaik sahaja kereta Perodua Kancil dipandu sendirian itu dilanggar pemandu menaiki Proton Wira dari arah belakang.

“Pemandu proton wira berusia 28 tahun itu mendakwa mahu mengelak seekor binatang melintas jalan lalu memusing stereng ke kiri sebelum terlanggar belakang kereta Mohd Rifai menyebabkan keretanya terbabas di bahu jalan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudian Abd Rahman berkata, sebelum kejadian, mangsa datang dari arah Persimpangan MITC/Seri Negeri menghala persimpangan lampu isyarat Taman Botanikal.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai apabila kereta lelaki berusia 28 tahun di laluan kanan berlanggar dengan kereta dipandu mangsa di bahagian laluan kiri yang kemudian menyebabkan kereta remaja terbabit terbabas lalu merempuh tembok batu laluan pejalan kaki bawah tanah berhampiran Zoo Melaka dan Taman Buaya.

“Pelanggaran itu mengakibatkan kereta mangsa remuk di bahagian hadapan dan kemik di belakang dan bumber belakang tercabut selain dia mengalami kecederaan parah di bahagian kanan muka sementara seorang lagi pemandu cedera ringan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Salehhudin berkata, mangsa yang dikeluarkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, rakan sekelas mangsa, Amirul Shazlan Roslan, 20, berkata, dia juga dalam perjalanan pulang ke asrama menunggang motosikal sebelum melihat kereta Mohd Rifai terbabit kemalangan apabila melalui kawasan tersebut.

“Saya terus berhenti dan melihat dia dalam keadaan masih bernyawa, namun nazak sebelum saya cuba memanggilnya tetapi dia yang sedang menggelupur tidak memberi maklum balas.

“Saya kemudian menghubungi rakan serumahnya sebelum memandang ke arahnya yang tidak lagi bergerak menyebabkan saya mendail nombor kecemasan,” katanya.

Menurut Amirul, Mohd Rifai yang menyertai badan beruniform Askar Wataniah seorang rakan yang pendiam namun berdisiplin selain merupakan anak tunggal dalam keluarganya yang menetap di Kampung Padang, Pokok Mangga, dekat sini.

“Saya tak nampak perubahan diri cuma saya terkilan tidak mengajaknya naik moto bersama saya, sedangkan sebelum ke kolej saya melalui hadapan rumahnya ketika itu terdetik di hati untuk menaiki motosikal bersama sama,” katanya.
SH

No comments:

Post a Comment